Pages

Wednesday 16 November 2011

Dogubayazit Bandar Bersejarah.


Dogubayazit tiba-tiba menjadi tumpuan pihak media dari timur dan barat setelah terbongkarnya penemuan bahtera Nabi Nuh a.s yang selama ini hanyalah merupakan spekulasi sahaja. Pembongkaran ini merupakan kejayaan kumpulan ahli arkeologi yang menggelar diri mereka sebagai “Noah Ark Ministries International”. Kumpulan ini merupakan gabungan dua negara, iaitu Turki dan China. Mereka telah membuktikan kesahihan penemuan ini melalui rakaman video, fotografi dan ujian makmal pelbagai spesimen yang ditemui. Lokasi penemuan ialah di kaki Gunung Ararat 5137 meter dari aras laut, iaitu gunung yang tertinggi di Turki.



Jarak Gunung Ararat ke Pekan Dogubayazit hanyalah sekitar 15 kilometer. Pekan ini adalah yang peling hamper sekali dengan pergunungan itu dan lengkap dengan segela kemudahan. Namun demikian, Dogubayazit lebih terkenal sebagai “kota transit”. Lokasinya sangat strategik kerana terletek berhampiran sempadan empat buah negera, Turki, Armenia, Iran dan Azerbaijan. Dogubayazit juga merupakan kota sempadan antara dua benua, iaitu Asia dan Eropah. Sejak beribu tahun lalu, laluan strategik ini telah digunakan oleh para pedagang, pengembara, bala tentera dan penjajah.



Penduduk tempatan yang terdiri daripada kaum minoriti Kurdish mendapat banyak manfaat dari segi peluang ekonomi dan pekerjaan. Selain menjadi pusat persinggahan pengembara, pekan ini juga merupakan pusat kem latihan tentera Turki. Terdapat sebuah bukit gondola yang merupakan lapang sasar latihan kereta kebal dan infantry. Oleh sebab itu, tidak hairanlah kelihatan banyak tentera Turki yang berulang-alik di pekan ini. Kebanyakan kedai dan gerai di tepi jalan juga menjalankan perniagaan berasaskan  ketenteraan seperti menjual topeng komando, baju, jaket, topi dan pisau ala komando.



Penduduk tempatan percaya bahawa bahtera Nabi Nuh a.s telah tersadai di Gunung Arafat sejak beribu tahun yang lalu. Namun, tidak ada bukti saintifik tentangnya, Sehinggalah penemuan oleh ahli arkeologi itu pada Oktober 2009. Kerajaan Turki telah mengesyorkan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan kebudayaan Banga-Banga Bersatu (UNESCO) supaya mengklasifikasikan gunung tersebut sebagai tapak warisan dunia. Bangsa Armenis pula menganggap Gunung Ararat Sebagai gunung suci bagi kaum mereka. Peristiwa banjir besar dan bahtera Nabi Nuh a.s telah dikisahkan dalam kitab-kitab suci agama langit (Quran, Taurat dan Injil). Sejak di bangku sekolah lagi, ustaz dan ustazah menceritakan kisah ini berkali-kali. Dalam mata pelajaran sejarah dan tamadun dunia tetap tidak mahu ketinggalan dalam catatan sejarah.









No comments:

Post a Comment