Pages

Monday 19 March 2012

Safari Memancing Sematan 2012


Perairan sekitar Tanjung Datu sehingga Pulau Satang bakal menjadi gelanggang pertangdingan memancing anjuran Sematan Anglers pada 28 hingga 29 April ini yang berpusat di Sematan dengan yuran RM100 bagi setiap penyertaan.


Semestinya informasi sebegini melonjakkan semangat kaki ngail dari seluruh Sarawak berkunjung ke daerah Sematan untuk turut serta dalam Safari Memancing Sematan apatah lagi hadiah yang ditawarkan agak lumayan kepada pemenang Berjaya memdapatkan pemangsa laut bersaiz mega.


Sematan, merupakan pekan kecil pesisir pantai yang terletak dalam pentadbiran Derah Lundu, merupakan destinasi pelancongan dengan kepelbagaian tarikan menarik dan terkanal seperti Pantai Sematan, Pulau Talang-Talang, Air Terjun Sebat, Rumah Panjang Pueh, Taman Negara Tanjung Datu, Kampung Telok Melano selain produk kraf tangan berasaskan hasil laut.

Taman Negara Tanjung Datu

Setiap tahun pelbagai program dan aktiviti dilaksanakan dalam usaha memperkanal dan seterusnya mempertingkat industry pelancongan bagi menjana ekonomi penduduk di daerah Sematan. Tidak hairan jika sematan turut menjadi tumpuan kaki ngail dari setiap daerah negeri Sarawak kerana lokasinya yang strategik dan hasil lautnya yang kaya dengan penghuni dasar bersaiz mega.


Sematang Palm Beach


Untuk Safari Memancing Sematan ini yang terbuka kepada semua penduduk Malaysia berumur 18 tahun ke atas, pihak penganjur menawarkan hadiah serta cenderahati bernilai RM15,000 dan bakal menjadi rebutan kaki ngail yang pasti berusaha menewaskan pelbagai spesies demersal  bersaiz mega mengikut spesies yang boleh dipertandingkan seperti Blokok, Jenahak, Tetanda, Rumpak, Ibu Gelama dan lain-lain lagi mengikut peraturan pertandingan pihak penganjur.

Perkampung Telok Melano

Menurut pihak penganjur Safari Memancing Sematan , merupakan program  yang dirangka bagi mencapai matlamat kea rah mempromosi dan memajukan potensi daerah kecil Sematan, berasaskan kepelbagaian tarikan semula jadi yang sedia ada.

Pulau Talang-Talang Besar

Rasional pertandingan ini lebih kepada untuk mempromosikan kawasan perkampungan nelayan dari sekitar Tanjung Datu hingga ke Telaga Air yang merupakan kawasan pesisiran pantai menghadap ke laut dengan panorama indah sesuai serta berpotensi diletakkan dalam peta pelancongan dan dijadikan sebagai destinasi pelancong baik dari dalam mahupun dari luar negara.

Selain daripada itu, pertandingan ini juga dapat memupuk semangat kerjasama setiakawan dan mengeratkan silaturahim di antara semua pegawai dan kakitangan serta para peserta dengan penduduk daerah sematan, menggalakkan dan menjadikan aktiviti memancing sebagai aktiviti yang berfaedah serta menarik minat masyarakat tentang aktiviti memancing, malah pertandingan ini juga dapat member peluang kepada semua kaki ngail tegar dari seluruh Sarawak untuk turut serta menyertai pertandingan sebegini bagi mengeratkan tali silaturahim.

Selain itu aktiviti bertandingan seperti ini diharap dapat mempromosikan Sematan yang merupakan salah satu perkampungan nelayan yang kian berkembang maju selain sangat sesuai dijadikan sebagai antara destinasi pelancongan yang menarik dalam lingkungan kawasan Parlimen193 Santubong dari sekitar Tanjung Datu hinggake Telaga Air.

Pihak penganjur turut menyediakan aktiviti sampingan memeriahkan lagi pertandingan memancing ini seperti persembahan Kebudayaan yang dikelolakan oleh Persatuan Penggiat Seni Malaysia. Bagi kaki ngail tegar dari seluruh negeri Sarawak, apa tunggu lagi, dengan yuran penyertaan RM100 memungkinkan anda memenangi tempat pertama, kedua dan ketiga serta hadiah senderahati lain.

Kepada kaki ngail, sertailah pertandingan memancing anjuran Kelab Sematan Anglers. Klik disini
untuk sebarang pertanyaan.

2 comments: