Pages

Thursday 8 March 2012

JW Marriott Marquis Dubai hotel tertinggi dunia

Selepas mempunyai banyak bangunan dan lokasi unik di dunia, Dubai sekali lagi bakal mencipta sejarah dengan pembinaan hotel tertinggi di dunia yang juga bakal menjadi hab perniagaan global. Hotel dari rangkaian Marriott International dengan 1,608 bilik ini bakal menerima tamunya dalam tahun ini juga dalam dua fasa. Fasa pertama meliputi seksyen menampilkan 807 bilik serta restoran dan lounge.

 
Dengan ketinggian 355 meter (1,164 kaki) JW Marriott Marquis Dubai merupakan hotel tertinggi dunia dan hanya 26 meter (85 kaki) lebih rendah daripada bangunan Empire State di New York. Selain memberi perkhidmatan untuk pelancong perniagaan mewah, Hotel ini juga menyesarkan pasaran yang semakin penting iaitu MICE (mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran), yang sekarang ini tidak mempunyai skala hotel mencukupi bagi menganjurkan acara untuk kumpulan besar.

 
Sebagai tambahan kepada pilihan jamu selera dan hiburan, hotel ini juga mempunyai dua dewan utama, 24 bilik mesyuarat dan ruang seluas 5,100 meter persegi (54,895 kaki persegi) untuk pelbagai acara. “Potensi menampung keperluan yang meningkat bagi komuniti perniagaan global ini besar dan kami percaya JW Marriott Marquis Dubai mempunyai lokasi unik untuk tujuan berkenaan,” kata pengurus Besarnya, Rupprecht Queitsch. Menurut beliau, hotel ini memenuhi jurang yang sudah lama dikenal pasti bagi membolehkan kumpulan , mesyuarat  dan persidangan untuk lebih 1,000 orang berhimpun dalam satu tempat tetapi sehingga sekarang, Dubai belum mempunyai satu lokasi pun sebesar ini untuk menempatkan kumpulan jenis ini. “Dalam erti kata mudah, kami akan menempatkan Dubai di dalam landskap pasaran persidangan global.” Katanya.

Perkhidmatan penerbangan Dubai yang baik, terutama dengan peluasan ekonomi BRIC(Brazil, Russia, India dan China), dijangka mewujudkan lebih banyak peluang. Ketua Ekonomi Pusat Kewangan Antarabangsa Dubai, Nasser Saidi berkata, pihaknya sudah melihat pertumbuhan firma China di Dubai sebagai hab untuk meneroka pasaran Afrika dan China sekarang ini menjadi rakan kongsi import penting untuk UAE.

Di dalam suku pertama 2011, China mengeksport AED10.68 bilion barangan ke Dubai dan merupakan rakan kongsi eksport kedua terbesar emiriah sepanjang tahun berkenaan. “Mengenai perniagaan secara keseluruhan, Dubai sememangnya mempunyai lokasi sesuai, dengan kedudukan untuk pertumbuhan pasaran seperti India yang mempunyai penduduk berbilion serta jarak yang boleh didatangi dengan penerbangan lima jam,” kata Queitch.

Justeru, katanya, apa yang dicari oleh para pelancong perniagaan ini ialah hotel yang mempunyai segala-galanya yang mereka perlukan di bawah satu bumbung. Oleh itu pihaknya percaya hartanah baru ini akan meletakkan standard baru dalam hotel perniagaan, bukan sahaja di wilayah berkenaan tetapi di peringkat global.



JW Marriott Marquis Dubai akan menawarkan rangkaian Sembilan restoran dan lima lounge serta tempat hiburan. Lounge yang dipanggil Vault akan ditempatkan di tingkat 71 dan 72 dengan mempunyai pemandangan panorama bandar raya, manakala sebuah  lagi yang masih belum bernama menawarkan persembahan muzik secara “live” setiap hari.



Restorannya pula terdiri daripada Prime 68, premis stik butik, hinggalah restoran India, Atul Kochhar- Rang Mahal, Positano yang menewarkan makanan Itali, restoran Arab dan La Farine, lokasi pertemuan social. Sementara itu, Saray Spa yang mempunyai keluasan 1,500 meter persegi (16,000 kaki persegi) diilhamkan daridapa laluan sutera Arab dan menawarkan rawatan yang dicipta khas untuk minda dan badan. Rawatan termasukmenggunankan madu dan susu, lemon dan mint serta banyak lagi.Bagi yang suka berjemur pula, kolam renang deck di tingkat 7 mempunyai keluasan 32 meter dan dilengkapi cabana elegan, lounge dan paying.

No comments:

Post a Comment