Pages

Friday 17 May 2013

Senarai Rasmi Menteri Kabinet Baru 2013




Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini telah mengumumkan Kabinet yang baru di pejabatnya di Putrajaya. Barisan kabinet baru itu dijangka menyaksikan satu pasukan yang mampu menjana idea-idea baru untuk meneruskan agenda transformasi nasional yang dicetuskan Najib. Menurut Perdana Menteri, barisan cabinet yang baru dilantik itu merupakan kabinet yang berimbang, campuran antara muka lama dan muka baru.

Senarai Rasmi Menteri Kabinet Baru 2013

Perdana Menteri  

Najib Tun Razak                        [kekal]


Timbalan Perdana Menteri 

Muhyiddin Yassin                      [kekal]


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri 

Jamil Khir                                 [kekal]
Abdul Wahid Omar                   [Senator]
Idris Jala                                   [Senator]
Shahidan Kassim                      [Naik taraf]
Nancy Shukri
Joseph Entulu
Razali Ibrahim
Paul Low Seng Kwan                (Senator)


TIMBALAN MENTERIdi JPM:

Razali Ibrahim
WAYTHA MOORTHY PONNUSAMY (Senator)

Menteri Kewangan.

(1)  MENTERI KEWANGAN I: DATUK SERI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
(2)  MENTERI KEWANGAN II: DATUK SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH
Timbalan Menteri Kewangan.

DATUK AHMAD BIN MASLAN      [naik taraf]

Menteri Pertahanan

Hishammuddin Hussien Onn    [bertukar]
Timbalan : Rahim Bakri

Menteri Pertanian Industri Tani.

Ismail Sabri      [bertukar portfolio]
Timbalan : Tajuddin Bin Abdul Rahman

Menteri Pengangkutan

Tiada.
Dipangku oleh Hishammuddin Hussien.
Timbalan : Aziz Kaprawi.

Menteri Pelajaran & Pengajian Tinggi [Gabungan 2 kementerian]

Muhyiddin Yassin          [kekal]
Idris Jusoh ( II )           [baru]
Timbalan Menteri PPT : DATUK MARY YAP KAIN CHING              [baru]
P. KAMALANATHAN A/L P.PANCHANATHAN                                 [baru]

Menteri Dalam Negeri [KDN]

Zahid Hamidi                [bertukar portfolio]
Timbalan : Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan

Nazri Aziz                      [Naik taraf]
Timbalan : Joseph Salang Anak Gandum

Menteri Luar Negeri

Anifah Aman                 [kekal]
Timbalan : Hamzah Bin Zainuddin

Menteri Kerja Raya 

Fadillah Yusof
Timbalan :Rosnah Binti Abdul Rashid

Menteri Kesihatan 

Subramanian
Timbalan : Hilmi Bin Yahya

Menteri Belia Dan Sukan

Khairy Jamaluddin        [baru]
Timbalan : Datuk M.Saravanan

Menteri Sumber Manusia

Datuk Richard Riot        [baru]
Timbalan : Ismail Bin Mutalib

Menteri Perdagangan Dan Industri [MITI]

Mustafa Mohammed    [bertukar]
Timbalan : Hamim Bin Samuri 

Menteri Sains Teknologi Dan Innovasi 

Ewon Ibin
Timbalan : Abu Bakar Bin Mohd Diah

Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar 

G. Palanivel
Timbalan : James Dawot Mamit

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air

Maximus Ongkili           [kekal]
Timbalan : Mahdzir Bin Khalid

Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah 

Shafie Afdal                  [kekal]
Timbalan : Alexander Nanta Linggi

Menteri Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi 

Douglas Unggah           [baru]
Timbalan : Noriah Binti Kasnon

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga

Rohani Bin Abdul Karim
Timbalan : Azizah Binti Mohd Dun

Menteri Komunikasi Multimedia [ganti kementerian penerangan]

Ahmad Sabery Cheek   [bertukar]
Timbalan : Jailani Bin Johari.

Menteri Wilayah Persekutuan

Adnan Tengku Mansor [naiktaraf]
Timbalan : DR. LOGA BALA MOHAN A/L JAGANATHAN (Senator)

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Abdul Rahman Dahlan
Timbalan : Halimah Bin Mohd Saddique

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Hasan Bin Malek
Timbalan : Ahmad Bashah Bin Mohd Hanipah

Ringkasan :Perdana Menteri : 1 Jawatan
Timbalan Perdana Menteri : 1 Jawatan
Menteri : 30 jawatan [termasuk timbalan perdana menteri]
Timbalan Menteri : 27 jawatan.
Jumlah Jawatan : 57 jawatan.
Jumlah senator sedia ada : 1 orang
Jumlah senator yang akan dilantik : 5 orang. 2 menteri 3 timbalan menteri.
Jumlah backbenchers 82orang.

Monday 25 June 2012

Mahalnya Ucapan Terima Kasih.

Mudah sahaja sebutannya malah kanak-kanak kecil pun sudah mampun melontarkannya dengan baik. Manun, ia masih berat dan kelu untuk dijadikan pakaian lidah bagi segelintir manusia. Walhal, ia hanya sekadar dua patah perkataan, terima kasih, dan rasanya tidak memerlukan pergelutan lidah bagi menyebutnya. Kalau diajukan ‘mengapa’ semuanya berbalik kepada reality semasa yakni, hamper kebanyakan daripada kita mengambil mudah atau sambil lewa akan perkataan itu.

Sikap sedemikian akhirnya menjurus kepada pembentukan sahsiah keperibadian diri, merasakan tiada keperluan ucapan itu, lantas menyebabkan segelintir kita tidak ambil kisah untuk mengungkapkannya. Numun, tanpa disedari adakalanya kita turut mempersoalkan keperibadian seseorang berikutan tiada ucapan terima kasih dipertuturkan, sekali gus member erti bahawa ucapan itu sangat bermakna. Bagaimanapun, sebelum menimbal kepada orang lain, Tanya diri sendiri dahulu sama ada sudahkah kita mengucapkan terima kasih hari ini ataupun adakah ia menjadi amalan seharian kehidupan kita?

Mahalnya Terima Kasih.
Begitu mahalnya ucapan itu sehingga adakalanya perlu diingatkan terlebih dahulu untuk berbuat demikian dan ia adalah satu keadaan yang sangat ‘menyedihkan’. Sebagai masyarakat timur, ia bukanlah satu senario ‘asing’ pengamalan budi bahasa dan nilai-nilai murni termasuklah pergucapan terima kasih keran is menjadi kebanggan warisan masyarakat terdahulu.

Namua, cabaran globalisasi dan peralihan sikap yang memperlihatkan kepada penjurusan sahsiah individualistic, materialism, menyebabkan segelintir daripada kita lupa atau sengaja membuat lupa akan kepentingan penggunaan nilai itu. Walhal, nilainya tidak pernah lapuk dek zaman malah diguna seluruh dunia. Ia dituturkan oleh semua bangsa dari dahulu  sehinggalah sekarang. Yang membezakannya, hanyalah bunyi ucapan itu sahaja.

Bagi orang Cina, ia disebut ‘xie xie’, bahasa Arab ‘syukran jazilan’, bahasa Inggeris,’thank you’ dan  bahasa France pula menyebutnya ‘merci’. Biar apa pun sebutannya, namun tujuannya tetap sama yakni sebagai lambang penghargaan betapa kita menghargai apa yang dilakukan oleh orang itu kepada kita. Ucapannya mudah, namun nilai di sebalik perkataan ini sangat bermakna kepada seseorang dan boleh memberikan kebahagiaan, kegembiraan kepada si penerima.



Dalam Islam juga, terima kasih turut disesuaikan dengan kalimah ‘syukur’ yakni diucapkan bagi menyatakan perasaan gemberi sebaik menerima sesuatu nikmat, rezeki sebagai menghargai anugerah pemberian Allah.

Tiada Salahnya, Walau Di Jalan Raya.
Biarpun keperibadian pemandu dan penunggang motosikal di sini dikatakan lebih berbudi daripada negara luar, namun hakikatnya terdapat juga segelintir komuniti ini membentuk senario ‘kurang hormat’ di jalan raya. Perilakunya itu, mungkin berpunca daripada keperibadian diri (bukan semua), selain alas an hendak cepat sampai ke destinasi, tekanan jalan sesak, sekaligus membentuk senario negatif itu.

Realitinya, tidak kiralah apa alasanya sekali pun ia bukanlah jaminan ‘hak eksklusif’ kepada mereka untuk berbuat demikian kerana ‘jalan raya’ dikongsi bersama. Justeru, ringankan tangan sebagai tanda, isyarat terima kasih kepada pemandu lain kerana bersabar apabila anda melakukan kesilapan semasa memandu, memberi  laluan di jalan yang sempit dan sebagainya. Itu bukan sekadar menunjukkan tanda hormat, malah akan mengelakkan pemandu lain memarahi anda dan mengeluarkan perkataan kesat yang tidak sedap didengar.

Motif, Terima Kasih?
Secara jujurnya, berapa ramai antara kita mempratikkan pengucapan kalimah itu kepada pemandu bas, teksi, petugas tol, kaunter dan seumpamanya? Berapa ramai juga yang mengucapkan terima kasih kepada pengawal keselamatan yang membuka pintu untuk anda? Pernahkah anda menuturkan perkataan itu kepada pembantu cafeteria yang menolong mengutip pinggan atau gelas kotor yang kita gunakan? Dan terucapkan anda terima kasih kepada pencuci pejabat apabila meja tempat dibersih dan dikemaskan?

Ambil masa dan fikir sejenak. Itu hanya sebahagian sahaja kerana masih banyak lagi senario yang memerlukan pengucapan terima kasih itu dilontarkan namun dipandang ‘remeh’ oleh segelintir manusia. Paling tidak dimasuk akal apabila ada bermentalitikan pekerja-pekerja ini tidak sewajarnya menerima ucapan terima kasih kerana sudah menjadi kewajipan  mereka. Biar apa alasanya sekalipun, tiada salahnya untuk menzahirkan terima kasih kerana ia menandakan seseorang itu mempunyai nilai-nilai serta moral yang tinggi dalam dirinya.

Terima Kasih Cikgu
Menariknya, budaya menzahirkan perkataan itu kepada golongan pendidik bermula sejak usia lima tahun lagi sehinggalah pelajar itu melangkaui umur 17 tahun. Selama 14 tahun kalimah itu bergema di halwa telinga pelajar, namun ia berubah sebaik sahaja menjejakkan kaki ke menara gading. Tiada lagi ucapan kebiasaannya dizahirkan kepada golongan pensyarah sebaik sahaja habis kelas. Senario yang menjadi kebiasaan sejak zaman persekolahan itu dilihat seolah-olah tiada lagi nilainya untuk dipraktikkan.



Ucapan terima kasih hanya diberikan kepada pensyarah sebaik sahaja selesai menduduki peperiksaan mahupun lulus subjek itu, itu pun kalau jumpa dengan pensyarah itu. Munking bukan semua, namun amalan berterima kasih dalam pengucapan yang  sempurna dan berakhlak seharusnya menjadi pakaian lidah mahasiswa kerana ia akan menambahkan lagi keberkatan serta memudahkan proses pembelajaran.

Kadang-Kala Kita Lupa
Terlalu menjaga hati orang lain, rakan, pihak atasan ada kalanya kita lupa untuk menghargai ahli keluarga, walhal ibu bapalah yang bertungkus-lumus tanpa mengira perih dan sukarnya membesarkan anak. Bagaimanapun, anak (bukan semua) merasakan pemberian berbentuk ‘kebendaan’ sudah cukap sebagai erti kasih, hormat dan lambang balasan terhadap masa, wang dan kasih sayang dicurahkan oleh orang tua mereka. Hakikatnya, ucapan terima kasih itu sangat bererti dan merupakan hadiah paling mahal, bermakna bagi seseorang berstatus ibu dan ayah. Untuk itu, keluarga merupakan ‘kunci’ dalam proses penyemaian nilai-nilai murni dalam keperibadian anak. Didik sejak kecil, ringankan mulut untuk menuturkan ucapan terima kasih kepada anak biarpun ia hanyalah sekadar menolong mencuci kereta, mengambil surat khabar kerana ini juga boleh mengeratkan silaturahim antara keluarga.



Tidak mustahil, pengucapan terima kasih akan sentiasa terucap kasih akan  sentiasa terucap di bibir anak mereka biarpun sudah melangkaui dewasa.

Tingkat Motivasi
Tidak salah bagi seorang ‘ketua’ menzahirkan perkataan itu kepada pekerjanya di atas tugasan yang disiapkannya. Biarpun ketua, tidak semestinya ucapan terima kasih itu tidak perlu dipraktikkan kerana selagi anda menghormati pekerja, sejuta kali mereka akan menghormati anda. Selain mewujudkan atmosfera harmoni di tempat kerja, ia juga psikologi terbaik untuk menghargai pekerja anda, kata Dr Muhammad Muhsin Ahmad Zahari, Pakar Perunding Psikiatri di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kepada Bernama. Ia sebutan mudah lagi ringkas, yang dapat menambah rasa hendak memberi dan menghulur sesuatu berulang kali malah lebih baik daripada sebelumnya, Sekali gus meningkatkan lagi produktiviti pekerja. “Dalam sesuatu organisasi, budaya apresiasi penting kerana akan membuatkan mereka lebih bersemangat, bermotivasi untuk bekerja dengan lebih kuat sekali gus akan meningkatkan lagi kecemerlangan organisasi” katanya. Namun, pekerja pula jangan sekadar mengharap ‘ketua’ sahaja mengalunkan ucapan itu kerana diri anda juga seharusnya menjadikan kalimahitu sebagai pakaian lidah dalam kehidupan seharian.

Walaupun ia hanya sekadar dua patah perkataan, namun nilai tersembunyi di sebalik ucapan terima kasih itu tidak patut dipandang remeh kerana ia lebih berharga daripada wang ringgit!
-Bernama.

Tuesday 1 May 2012

Ikan Hiasan Bernilai Arowana.

Pada masa dahulu, arowana dikenali sebagai ikan kelisa. Dalam kalangan peminat ikan hiasan pula, ikan ini dikenali sebagai arowana. Pada sekitar tahun 1970 bagi penduduk berdekatan Tasik Bukit Merah, Semanggol di daerah Kerian, Perak, ikan ini tidak mempunyai apa-apa keistimewaan dibandingkan dengan ikan air tawar lain seperti lampan sungai, terbul, tembakang, dan sebarau. Ikan kelisa dikatakan ditangap dengan mudah dan banyak di tasik dan sungai-sungai sekitarnya. Ketika itu, tidak ada sesiapa pun menyangka ikan kelisa yang mereka jadikan lauk itu suatu ketika nanti menjadi simbol dan sumber kekeyaan serta mampu menjana pendapatan negara yang bernilai jutaan tingit

POPULARITI AROWANA

Bagi masyarakat Cina, arowana akan dikaitkan dengan keuntungan dan dikatakan ikan yang membawa tuah kepada pemeliharanya. Dilihat pada bentuk bandanya, ikan ini menyerupai bentuk naga. Di negara kita, masyarakat Cina begitu fanatik kepada arowana kerana menurut kepercayaan mereka, arowana ialah usul kejadian naga. Ia dikatakan jelman seekor naga memandangkan bentuk badannya yang panjang, sisik yang lebar, dan sepasang sesungut yang terdapat di bahagian hadapan mulutnya. Pergerakan renangnya yang lemah gemalai seolah-olah lenggok tarian naga.



Masyarakat Cina juga percaya bahawa memeliharan arowana akan memberikan untung (ong) kepada pemiliharanya. Namun apa yang menghairankan, arowana tidak pernah ditemui di negara China, Sedangkan kepercayaan ini menjadi perkara lumrah dan diketahui umum. Seandainya masyarakat cina tidak mempunyai kepercayaan sedemikian, mungkin arowaa akan di anggap tidak ada bezanya dengan ikan sebarau atau lampan sebagai ikan sungai yang hanya bolah di jadikan hidangan lazat.

ASAL USUL AROWANA

Ikan ini bolah ditemui secara semula jadi di Kepulauan Melayu, seperti kepulauan Borneo, Pulau Bangka, Sumatera, dan Semenanjung Malaysia. Arowana juga boleh ditemui di benua Australia, Amerika Selatan dan Afrika, yang berasal dari Kepulauan Melayu dan Asia merupakan jenis yang paling berkualiti dan sangat menarik. Jenis arowana Asia iaitu genus Scleropages merupakan jenis yang popular dan berharga tinggi. Di samping itu, ia mempunyai permintaan yang sangat tinggi dalam kalangan peminat ikan hiasan, terutamanya bagi masyarakat Cina tempatan dan seluruh dunia. Lokasi asal ikan ini boleh ditemui sebenarnya masih banyak terutama di kawasan pedalaman yang tiada pencemaran air oleh arus pembangunan.



JENIS AROWANA

Terdapat tiga genus arowana di seluruh dunia iaitu genus Scleropeges, Osteoglossum, dan Heterodontis. Ketiga-tiga genus ini digolongkan dalam fimili Osteoglossidae. Jenis yang terdapat di Afrika dan Madagascar digolongkan dalam subfamili Heterotidinae dan dikategorikan dalam spesies Heterodontis. Spesies Heterodontis ini merupakan ikan untuk makanan dan kurang sesuai dijadikan ikan hiasan kerana warnanya tidak menarik.

Arowana yang terdapat di Amerika Selatan seperti Bolivia, Brazil, Columbia, dan Venezuele ialah spesies Osteoglossum bicirrhorum (arowana perak), dan Osteoglossum ferreirai (arowana hitam). Manakala arowana yang terdapat di rantau Asia dikenal sebagai arowana Asia (Asian Bonytongue). Spesies yang terdapat di Malaysia dan Indonesia ialah daripada spesies Scleropages formosus.

Di Australia dan Papua New Guinea pula terdapat dunia jenis arowana, iaitu arowana mutiara dan arowana berbintik. Ikan ini dipelihara sebagai ikan hiasan di Malaysia. Di negara asalnya ikan ini merupakan ikan untuk makanan dan spesies ikan pancing yang terkenal.

Pada masa kini, pelbagai nama atau gelaran komersial telah diberikan kepada jenis-jenis arowana yang dihasilkan secara pembiakan di dalam kolam di negara kita. Arowana yang dihasilkan melalui pembiakan kacukan dan pemilihan induk dan baka terbaik menghasilkan pelbagai jenis arowana.

KEUNIKAN BENTUK BADAN

Menyentuh tentang keunikan arowana, khusus kepada ikan yang paling popular iaitu arowara Asia atau Scleropages formosus. Ikan ini mempunyai bentuk  badan yang pipih memanjang. Panjang badannya lebih kurang tiga kali ukuran panjang kepalanya. Sirip dorsalnya terletak di belakang badannya dan rapat dengan sirip ekornya. Ekornya yang dempak berbentuk separuh bulatan terbuka luas semasa ikan berenang. Badannya kelihatan cantik dan lemah gemalai apabila berenang terutama semasa membelok ke kiri dan kanan. Mulutnya menghali ke  bahagian hujung kepalanya yang menghala ke atas memudahkan ikan pemangsa ini menyambar mangsanya yang jatuh ke permukaan air. Dikenal sebagai ikan pemangsa yang agresif, penggemar ikan ini sangat suka memerhatikan kelakuannya semasa memberi makan atau semasa berehat penat lelah berkerja.

PEMAKANAN ARONAMA

Arowana ialah sejenis ikan pemangsa atau pemakan daging. Di habitat semula jadi arowana, apa sahaja yang ada dalam air seperti anak ikan, udang, dan serangga termasuk reptilia dan mamalia kecil yang termasuk ke dalam air akan menjadi mengsanya. Namun, bagi arowana yang dipelihara di dalam kolam, terdapat beberapa jenis makanan yang diberi kepada arowana yang dipelihara atau diternak di dalam kolam iaitu;

Cengkerik.
Cengkerik kaya dengan kandungan protein dan kitin. Ia sesuai diberi makan kepada arowana kerana kitin membantu tumbesaran dan mencantikkan warna ikan. Kini, cengkerik boleh dihasilkan secara komersial dan boleh dibeli di pasaran dengan harga yang murah. Bagi mengelakkan cengkerik ini terbang, ia perlu di sejukbekukan di dalam peti sejuk. Memberikan makanan berkhasiat seperti lobak merah atau bayam kepada cengkerik sebelum diberikan kepada arowana adalah baik dan digalakkan kerana arowana akan memdapat khasiat makanan yang dimakan oleh cengkerik itu.

Belalang.
Belalang jarang digunakan untuk makanan arowana keran kesukaran mendapatkan bekalannya. Ia dikatakan dapat merawat penyakit pada peringkat awal secara semula jadi. Walau bagaimanapun, belalang yang ditangap dari sawah atau padang sahaja paling sesuai digunakan untuk makanan arowana kerana ia tidak mengandungi racun.

Udang Laut.
Udang sangat sesuai diberikan kepada arowana kerana kandungan protein dan kitinnya yang tinggi. Kitin yang terdapat dalam kulit udang juga berkhasiat dan dapat menjadikan warna arowana lebih menarik. Udang yang biasa digunakan ialah udang laut yang telah disejukbekukan. Udang air tawar hidup juga boleh diberikan sebagai makanan ikan. Makanan ini dapat mempercepat tumbesaran dan menyerlahkan warna asal ikan.

Daging Ikan Segar.
Daging ikan segar juga boleh digunakan makanan arowana. Bahagian selaput yang mengandungi minyak perlu dibuang terlebih dahulu. Daging yang telah di bersihkan dipotong kecil atau berbuntuk dadu, bergantung kepada saiz ikan dipelihara. Walau bagaimanapun, daging ikan beku tidak begitu digalakan untuk diberikan kepada ikan arowana kerana apabila diberikan dalam jangka panjang, ia mungkin akan merosakkan organ dalaman ikan.

Ulat Gandum
Ulat gandum mudah didapati dan terdapat banyak di pasaran kerana telah diternak secara komersial. Ia berasal dari Afika dan boleh diternak di negara kita. Ia sesuai untuk semua tahap umar dan jenis arowana. Terdapat dua jenis ulat gandum di pasaran iaitu ulat gandum kecil dan ulat gandum besar. Ulat ini mengandungi 20% protein, 14% lemak, karbohidar, hormon, dan enzim yang sangat berkhasiat untuk arowana. Ulat gandum ini boleh diternak dengan mudah di dalam kotak plastik dengan diberi perbagai jenis makanan seperti oat, gandum, lobak, dan sengkuang.

Anak Ikan.
Anak-anak ikan kecil seperti ikan gapi, molly, swordtail, seluang, ikan emas atau koi boleh digunakan sebagai makanan arowana. Walaubagaimanapun, ikan liar seperti ikan seluang atau gapi yang ditangkap dari perairan semula jadi yang tercemar tidak sesuai untuk makanan arowana kerana membahayakan ikan. Biasanya ikan liar ini membawa pelbagai jenis parasit dan bakteria jadi kuarantin ikan liar ini sebelum dijadikan makanan kepada arowana.

Katak.
Katak juga merupakan makanan yang berkhasiat bagi arowana. Katak untuk makanan arowana mestilah jenis yang dipelihara, bukan yang ditangkap dari sawah atau padang. Katak liar tidak sesuai sebagai makanan arowana kerana ia berkemungkinan mengandungi racun atau toksik di dalam tubuhnya.

Lipan.
Lipan sangat digemari oleh arowana. Ia sesuai untuk semua jenis arowana yang mempunyai sisik berwarna seperti jenis arowana Asia. Hal ini kerana kandungan kitin yang tinggi di dalam lipan boleh menambahkan intensiti warna sisiknya. Bahagian kepala yang mengandungi bisa perlu dibuang terlebih dahulu sebelum diberikan kepada ikan.

KEKERAPAN MEMBERI MAKAN

Ikan yang diternak di dalam tangki tidak perlu diberi makan terlalu kerap. Pemberian makanan sekali sehari adalah mencukupi. Jumlah makanan yang diberikan adalah sekadar kenyang atau ikan berhenti makan. Memberi makanan secara berlebihan mengakibatkan ikan terlalu gemuk. Makanan yang mengandungi lemak yang tinggi pula menyebakan kecatatan fizikal seperti sindrom mata jatuh. Oleh itu, makanan tidak boleh diberikan terlalu kerap kerana akan menyebabkan kegemukan dan pengumpulan tisu lemak di dalam perut ikan yang boleh mengakibatkan ikan menjadi kurang subur atau mandul.

Wednesday 4 April 2012

Pesta Benak Sri Aman 2012

Bahang sambutan Pesta Benak Sri Aman 2012 kian terasa. Tinggal satu hari sahaja lagi maka Bandar Sri Aman akan menjadi focus ribuan orang pengunjung yang dating dari seluruh pelusuk negeri ini bagi menyaksikan temasya terbabit.
6 hingga 8 April menjadi tarikh pilihan bagi penganjuran pesta tersebut, para pengunjung sudah tentunya sedia maklum terhadap pelbagai acara menarik yang bakal berlangsung sepanjang tempoh waktu terbabit.
Justeru demi menjayakan lagi penganjuran Pesta Benak Sri Aman 2012, pihak jawatankuasa pengajur telah pun memulakan kerja penyediaan tapak sambutan pesta bermula dari kawansan Taman Tebingan Sungai Sri Aman semenjak 1 April lepas. Walaupun Pesta Benak secara rasminya bermula pada 6 April , namum temasya yang tersenarai di kedudukan tangga kelima dalam acara terbaik di Sarawak ini sebenarnya bakal melabuhkan tirai menjelang lewat petang 5 April.
Acara terbabit iaitu Bazaar Ria Benak akan bermula dari lewat petang pada 5 April dan bakal diteruskan bermula dari berlangsungnya sambutan Pesta Benak itu nanti. Aktiviti sempena Pesta Benak bagi 6 April adalah seperti berikut. Selain Bazaar Ria, 10 acara akan berlangsung di kawasan Taman Panorama. Benak, Stesan Bas STC, Kanopi Urusetia, Mini Stadium, Pentas Budaya Ria dan Sungai Batang Lupar. Bermula dari jam 8 pagi hingga 5 petang, para pengunjung berpeluang menyaksikan Pemeran Benak dan Pertandingan Fotografi Benak, Karnival Permotoran Benak dan Persembahan Audio Visual di Taman Panorama Benak , Stesen Bas STC, Kanopi Urusetia. Para pengunjung juga turut disajikan dengan Pertandingan Lumba Enjin Pan dan Bot Laju serta saringan Miss Tourism Benak bermula dari jam 8 pagi hingga 12.30 petang di Sungai Batang Lupar dan Mini Stadium Sri Aman , dan banyak lagi acaran sepanjang Pesta Benak Sri Aman 2012 berlansung. Pengunjung juga dinasihatkan agar tidak melepaskan pelung untuk menyaksikan persembahan Peluncur Benak Antarabangsa. Lumba Benak di Sungai Batang Lupar bermula dari jam 5.30 hingga 6 petang sebagai acara terakhir bagi sambutan pesta ini.

Monday 19 March 2012

Safari Memancing Sematan 2012


Perairan sekitar Tanjung Datu sehingga Pulau Satang bakal menjadi gelanggang pertangdingan memancing anjuran Sematan Anglers pada 28 hingga 29 April ini yang berpusat di Sematan dengan yuran RM100 bagi setiap penyertaan.


Semestinya informasi sebegini melonjakkan semangat kaki ngail dari seluruh Sarawak berkunjung ke daerah Sematan untuk turut serta dalam Safari Memancing Sematan apatah lagi hadiah yang ditawarkan agak lumayan kepada pemenang Berjaya memdapatkan pemangsa laut bersaiz mega.


Sematan, merupakan pekan kecil pesisir pantai yang terletak dalam pentadbiran Derah Lundu, merupakan destinasi pelancongan dengan kepelbagaian tarikan menarik dan terkanal seperti Pantai Sematan, Pulau Talang-Talang, Air Terjun Sebat, Rumah Panjang Pueh, Taman Negara Tanjung Datu, Kampung Telok Melano selain produk kraf tangan berasaskan hasil laut.

Taman Negara Tanjung Datu

Setiap tahun pelbagai program dan aktiviti dilaksanakan dalam usaha memperkanal dan seterusnya mempertingkat industry pelancongan bagi menjana ekonomi penduduk di daerah Sematan. Tidak hairan jika sematan turut menjadi tumpuan kaki ngail dari setiap daerah negeri Sarawak kerana lokasinya yang strategik dan hasil lautnya yang kaya dengan penghuni dasar bersaiz mega.


Sematang Palm Beach


Untuk Safari Memancing Sematan ini yang terbuka kepada semua penduduk Malaysia berumur 18 tahun ke atas, pihak penganjur menawarkan hadiah serta cenderahati bernilai RM15,000 dan bakal menjadi rebutan kaki ngail yang pasti berusaha menewaskan pelbagai spesies demersal  bersaiz mega mengikut spesies yang boleh dipertandingkan seperti Blokok, Jenahak, Tetanda, Rumpak, Ibu Gelama dan lain-lain lagi mengikut peraturan pertandingan pihak penganjur.

Perkampung Telok Melano

Menurut pihak penganjur Safari Memancing Sematan , merupakan program  yang dirangka bagi mencapai matlamat kea rah mempromosi dan memajukan potensi daerah kecil Sematan, berasaskan kepelbagaian tarikan semula jadi yang sedia ada.

Pulau Talang-Talang Besar

Rasional pertandingan ini lebih kepada untuk mempromosikan kawasan perkampungan nelayan dari sekitar Tanjung Datu hingga ke Telaga Air yang merupakan kawasan pesisiran pantai menghadap ke laut dengan panorama indah sesuai serta berpotensi diletakkan dalam peta pelancongan dan dijadikan sebagai destinasi pelancong baik dari dalam mahupun dari luar negara.

Selain daripada itu, pertandingan ini juga dapat memupuk semangat kerjasama setiakawan dan mengeratkan silaturahim di antara semua pegawai dan kakitangan serta para peserta dengan penduduk daerah sematan, menggalakkan dan menjadikan aktiviti memancing sebagai aktiviti yang berfaedah serta menarik minat masyarakat tentang aktiviti memancing, malah pertandingan ini juga dapat member peluang kepada semua kaki ngail tegar dari seluruh Sarawak untuk turut serta menyertai pertandingan sebegini bagi mengeratkan tali silaturahim.

Selain itu aktiviti bertandingan seperti ini diharap dapat mempromosikan Sematan yang merupakan salah satu perkampungan nelayan yang kian berkembang maju selain sangat sesuai dijadikan sebagai antara destinasi pelancongan yang menarik dalam lingkungan kawasan Parlimen193 Santubong dari sekitar Tanjung Datu hinggake Telaga Air.

Pihak penganjur turut menyediakan aktiviti sampingan memeriahkan lagi pertandingan memancing ini seperti persembahan Kebudayaan yang dikelolakan oleh Persatuan Penggiat Seni Malaysia. Bagi kaki ngail tegar dari seluruh negeri Sarawak, apa tunggu lagi, dengan yuran penyertaan RM100 memungkinkan anda memenangi tempat pertama, kedua dan ketiga serta hadiah senderahati lain.

Kepada kaki ngail, sertailah pertandingan memancing anjuran Kelab Sematan Anglers. Klik disini
untuk sebarang pertanyaan.