Pages

Wednesday 25 January 2012

Ribut Matahari Bukan Bermaksud 2012 KIAMAT


BANYAK ramalan menyebut 2012 merupakan tahun berlakunya kiamat. Teori kemusnahan alam semesta kaum Maya telah dipopularkan menerusi filem 2012 hinggakan filem tahun 2009 itu meraih kutipan global sebanyak AS$769 juta (RM2.3 bilion). Nostradamus, si peramal tersohor Perancis turut menamakan 2012 sebagai tahun kemusnahan planet-planet, manakala para ahli astrologi China dari Dinasti Chang mengatakan akan berlaku bencana besar tahun ini. Oleh kerana itu, apabila saintis menjangkakan fenomena ribut matahari terjadi pada pertengahan 2012 hingga 2013, mitos kiamat yang dicanangkan sebelum ini terasa bagaikan semakin hampir. Dalam ilmu astrologi, matahari merupakan bintang yang terletak paling dekat dengan bumi iaitu sejauh 149 juta kilometer. Ia mempunyai suhu teras 15 juta darjah Celcius dan telah terbentuk lebih 5,000 juta tahun yang lalu.


“Ribut matahari berlaku akibat peningkatan suhu matahari daripada kadar normal. Suhu panas itu menyebabkan ia mengeluarkan gas yang sebahagiannya akan masuk semula ke dalam matahari.

“Bagaimanapun, sebahagian gas itu berlegar di ruang angkasa dan memasuki atmofera bumi. Fenomena itulah yang digelar ribut matahari,” kata seorang pakar astronomi tempatan, Shahrin Ahmad. Namun, beliau berpendapat ribut matahari tidak akan memusnahkan bumi. Malah, kejadian ribut matahari sampai ke bumi jarang berlaku kerana ia dihalang oleh lapisan atmosfera dan medan magnet bumi.

Kesan
“Ribut itu akan termusnah sendiri sebelum sampai ke daratan. Tetapi jika ia menembusi lapisan atmosfera dan medan magnet bumi dengan saiz dua atau tiga kali ganda melebihi saiz bumi, kerosakan besar boleh berlaku. “Apa pun, ia terhad kepada kerosakan peralatan elektrik dan sistem telekomunikasi seperti satelit, sistem penerbangan dan Internet,” kata Shahrin.


RIBUT matahari berlaku disebabkan bintang itu menjadi lebih panas berbanding suhu biasa iaitu 15 juta darjah Celcius.


Beliau memberitahu, kesan ribut matahari pernah dirasai di bumi pada tahun 1859. Akibatnya, sistem telegraf di Amerika Syarikat dan negara Eropah lumpuh sama sekali.

“Peristiwa itu dinamakan Carrington Event. Begitupun, kejadian itu kini boleh dielakkan dengan dua satelit peninjau matahari bernama Stereo yang dilancarkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) Amerika Syarikat.

“Kedua-dua satelit itu berperanan mengumpul data untuk memahami dan meramalkan ribut matahari sebagai persediaan awal jika ia berlaku,” ujarnya. Shahrin menambah, memang wujud kebimbangan bahawa ribut matahari kemungkinan menjejaskan struktur asid deoksiribonukleik (DNA) manusia namun beliau berpendapat perubahan DNA itu lebih disebabkan oleh kesan rumah hijau dan pelepasan gas beracun radioaktif.

“Makanan, radioaktif dan bahan kimia yang meresapi tubuh boleh mengganggu sistem tubuh tetapi ia tiada kaitan secara langsung dengan fenomena ribut matahari,” tegasnya. NASA sebelum ini meramalkan ribut matahari akan kerap berlaku sepanjang tahun 2012 dan 2013. 

Ini mengakibatkan saintis Amerika Syarikat (AS) mengandaikan impak kerosakan akibat ribut matahari pada tahun 2012 lebih dahsyat berbanding Taufan Katrina yang melanda AS pada tahun 2005 dan mengorbankan 1,800 orang. 

“Puncak kerisauan sebenar ialah gangguan ke atas kehidupan sosial yang bergantung pada teknologi seperti GPS dan komunikasi satelit,” kata ahli fizik NASA, Lika Guhathakurta. 

Seorang lagi pegawai NASA, Michael Kaiser menambah, matahari mencetuskan ribut solar sejak berbilion tahun dahulu tetapi hanya pada akhir-akhir ini ramai yang mengambil berat isu tersebut. 

"Pertambahan tenaga magnetik dalam atmosfera dijangka mengeluarkan radiasi yang mampu menyebabkan kuasa janakuasa elektrik meningkat mendadak,” katanya.“Ribut elektromagnet matahari boleh menjejaskan sistem tenaga elektrik selain membahayakan angkasawan. 

Ujarnya lagi, kali terakhir pancaran matahari meletus adalah pada tahun 1859 hingga menyebabkan dua pertiga daripada ruang angkasa bumi bertukar menjadi warna merah. 

Dijangkakan, peristiwa itu dapat dilihat sekali lagi dengan beberapa bandar utama seperti London, Paris dan New York mengalami ribut awan pada 2012 atau 2013. 

Pakar astronomi dari Indonesia, Hakim L Malasan pula berpendapat, fenomena ribut matahari tidak berhubung kait dengan kiamat. Seorang lagi pakar, Thomas Djamaluddin, mengatakan kiamat mungkin berlaku lima juta tahun lagi. 

“Matahari akan menjadi bintang raksasa merah dan menelan planet terdekat, Utarid, Zuhrah dan mungkin bumi,” jelasnya.

Hidrogen
Timbalan Ketua Pengarah Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Vienna, Profesor Datuk Dr. Mazlan Othman berpendapat, bidang astrofizik tidak dapat menentukan hari kiamat selagi tiada perubahan pada matahari 

“Ahli fizik memang percaya bahawa alam semesta akan berakhir tetapi sama ada pada 2012 atau 10 juta tahun dari sekarang mahupun 10 bilion tahun lagi, ia terpulang kepada teori yang kita ada. 

“Dari segi fizik, jika matahari sudah kehabisan hidrogen, ia akan berkembang menjadi bintang lain. Ketika itu kehidupan di bumi akan mengalami perubahan dan kejadian tersebut boleh dikatakan sebagai tanda kiamat.



RIBUT matahari tidak akan memusnahkan bumi sebaliknya merosakkan sistem radar dan satelit.

“Ini kerana apabila matahari tiada lagi tenaga, manusia tidak boleh hidup dan akan berlaku banyak kejadian alam yang boleh mencetuskan pengakhiran dunia,” katanya. 

Menurut Pegawai Sains, Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Mohd. Zamri Shah Mastor, bumi juga boleh hancur menerusi hentaman objek yang terapung di angkasa lepas seperti komet atau asteroid. 

“Tetapi kita bernasib baik disebabkan bumi memiliki lapisan atmosfera. Lapisan itu menyebabkan komet dan asteroid yang cuba menerjah atmosfera bumi akan termusnah terlebih dahulu.

 “Sebenarnya terdapat 1,077 asteroid yang dikenal pasti berpotensi menghentam bumi,” katanya.

Thursday 19 January 2012

Petua Melangkapkan Ruang Untuk Belajar.


Bagi pelajar, ruang belajar adalah antara keperluan paling perlu untuk membantu aktiviti mengulang kaji pelajaran. Ada pelajar yang mempunyai bilik sendiri, khas untuk mengulang kaji pelajaran, dan ada pula yang harus berkongsi kamar dengar adik-beradik atau ahli keluarga yang lain. Ada pelajar yang tidak mempunyai bilik langsung, sekadar belajar di salah satu sudut rumah. Apa-apa pun caranya, andar perlu melengkapkan ruang belajar khas buat diri sendiri supaya pembelajaran dan proses mengulang kaji pelajaran menjadi lancer.



Tip 1: AKSES KEPADA SUMBER ILMU

Di ruang belajar khas anda itu, akses kepada sumber ilmu amat penting. Anda harus mempunyai tempat untuk menyimpan buku kerana ruang belajar tanpa buku ialah ruang belajar yang tidak lengkap. Mungkin anda perlu menyediakan almari untuk buku teks dan buku ulang kaji. Buku tersebut haruslah di susun secara teratur agar lebih mudah dan pantar untuk anda mengakses maklumat ketika belajar. Anda juga perlu menyediakan rak tertentu untuk meletakkan buku nota atau buku rujukan. Pastikan anda mempunyai akses kepada pelbagai sumber ilmu di ruang belajar. Keratan akhbar dan majalah boleh diletakkan di satu sudut, selain pita video atau perakam. Jika anda mempunyai komputer berinternet, terdapat jutaan laman web di alam maya yang dapat membantu anda mengakses maklumat, memudahkan anda belajar dan memahami topic pembelajaran.


Tip 2: KESELESAAN

Keselesaan perlu untuk membantu anda mengulang kaji. Ruang yang terlalu panas atau tersangat sejuk akan menyukarkan anda untuk belajar. Jika ruang belajar anda itu terasa hangat, pastikan ada kipas angina tau penyeman udara untuk membantu mendinginkan tubuh. Jika anda berpeluh-peluh, bagaimana mahu mengulang kaji pelajaran? Pastikan juga terdapat kerusi dan meja yang selesa dan sesuai mengikut saiz tubuh untuk andar belajar. Kerusi yang terlalu keras tidak ergonomik atau meja yang terlalu besar atau kecil akan menyulitkan pembelajaran dan mungkin membahayakan tulang belakang dan kesihatan anda. Persekitaran yang kotor dan berselerak turut mengganggu perbelajaran anda. Oleh itu, anda perlu membersihkan ruang belajar tersebut dengan kerap. Letakkan pewangi dinding dengan foto atau poster yang dapat memberikan motivasi dan menenangkan fikiran. Gunakanlah cita rasa sendiri dan mewujudkan ruang belajar yang kemas, selesa dan kondusif untuk pembelajaran anda.


Tip 3: PENCAHAYAAN YANG MENCUKUPI

Pencahayaan adalah antara elemen utama dalam pembelajaran. Cahaya yang terlalu malap akan mengganggu kelancaran pembacaan, tumpuan akan mudah terganggu dan anda juga akan mudah mengantuk. Cahaya yang terlalu terang pula akan menyilaukan kertas, sera turut merencatkan pembacaan. Jika hal ini berterusan, mata anda pula akan rosak. Oleh itu, pastikan ruang belajar anda mempunyai pencahayaan yang cukup untuk memudahkan anda membaca. Selak langsir jika mengulang kaji pada waktu siang hari untuk membenarkan cahaya matahari masuk. Nyalakan lampu jika anda mengulang kaji pada waktu malam. Jika mentol lampu di ruang belajar anda itu terlalu malap, cuba gunakan lampu tambahan yang diletakan di atas meja.


Tip 4: RUANG UNTUK BERSENDIRI

Ruang belajar anda haruslah tidak terlalu terdedah kepada gangguan luaran. Lebih baik jika ruang itu terpencil daripada kebisingan adik-beradik yang lain, jauh daripada bau masakan dapur, serta mempunyai jarak daripada pemandang dapat  mengganggu atau membantutkan pembelajaran anda. Seelok-eloknya, carilah ruang yang sunyi untuk anda bersendiri dan mengulang kaji pelajaran. Jika anda terpaksa berkongsi ruang dengan adik-beradik yang lain. Mungkin dapat dibuat sempada persendirian masing-masing, Jika ruang yang di kongsi itu terlalu sempit, aturkan jadual belajar supaya adik-beradik anda mempunyai waktu khas untuk bersendirian mengulang kaji pelajaran. Tutup pintu untuk mengelakkan gangguan. Jika anda mempunyai telefon bimbit, elok juga matikan agar tumpuan sepenuhnya dapat diberikan kepada pembelajaran. Ruang belajar ialah ruang untuk anda bersendiri.


Tip 5: SEDIAKAN KAWASAN BEREHAT

Akhir sekali, ruang belajar anda haruslah mempunyai kawasan untuk berhibur dan menenangkan perasaan. Tidak ada gunanya anda mengulang kaji secara berterusan berjam-jam tanpa berehat. Semakin lam anda duduk menelaah, Semakin tepu otak anda untuk menerima maklumat. Oleh itu sediakanlah ruang tertetu untuk rehat. Mungkin anda dapat menyediakan kawasan lapang untuk menunaikan solat dan berdoa. Sebuah sofa yang selesan dapat ditempatkan di satu sudut untuk duduk sambil mendengar muzik dan membaca komik. Mungkin anda dapat menggunakan komputer untuk berborak di internet bersama-sama rakan. Permainan  komputer juga dapat membantu menajamkan fikiran anda. Jika anda gemar melukis, sediakan satu sudut untuk anda melukis. Sesungguhnya, ruang belajar tanpa kawasan berehat tidak lengkap. Setelah anda berehat dan berhibur dapatlah anda menyambung ulang kaji pelajaran dengan lebih bertenaga.