Pages

Tuesday 1 May 2012

Ikan Hiasan Bernilai Arowana.

Pada masa dahulu, arowana dikenali sebagai ikan kelisa. Dalam kalangan peminat ikan hiasan pula, ikan ini dikenali sebagai arowana. Pada sekitar tahun 1970 bagi penduduk berdekatan Tasik Bukit Merah, Semanggol di daerah Kerian, Perak, ikan ini tidak mempunyai apa-apa keistimewaan dibandingkan dengan ikan air tawar lain seperti lampan sungai, terbul, tembakang, dan sebarau. Ikan kelisa dikatakan ditangap dengan mudah dan banyak di tasik dan sungai-sungai sekitarnya. Ketika itu, tidak ada sesiapa pun menyangka ikan kelisa yang mereka jadikan lauk itu suatu ketika nanti menjadi simbol dan sumber kekeyaan serta mampu menjana pendapatan negara yang bernilai jutaan tingit

POPULARITI AROWANA

Bagi masyarakat Cina, arowana akan dikaitkan dengan keuntungan dan dikatakan ikan yang membawa tuah kepada pemeliharanya. Dilihat pada bentuk bandanya, ikan ini menyerupai bentuk naga. Di negara kita, masyarakat Cina begitu fanatik kepada arowana kerana menurut kepercayaan mereka, arowana ialah usul kejadian naga. Ia dikatakan jelman seekor naga memandangkan bentuk badannya yang panjang, sisik yang lebar, dan sepasang sesungut yang terdapat di bahagian hadapan mulutnya. Pergerakan renangnya yang lemah gemalai seolah-olah lenggok tarian naga.



Masyarakat Cina juga percaya bahawa memeliharan arowana akan memberikan untung (ong) kepada pemiliharanya. Namun apa yang menghairankan, arowana tidak pernah ditemui di negara China, Sedangkan kepercayaan ini menjadi perkara lumrah dan diketahui umum. Seandainya masyarakat cina tidak mempunyai kepercayaan sedemikian, mungkin arowaa akan di anggap tidak ada bezanya dengan ikan sebarau atau lampan sebagai ikan sungai yang hanya bolah di jadikan hidangan lazat.

ASAL USUL AROWANA

Ikan ini bolah ditemui secara semula jadi di Kepulauan Melayu, seperti kepulauan Borneo, Pulau Bangka, Sumatera, dan Semenanjung Malaysia. Arowana juga boleh ditemui di benua Australia, Amerika Selatan dan Afrika, yang berasal dari Kepulauan Melayu dan Asia merupakan jenis yang paling berkualiti dan sangat menarik. Jenis arowana Asia iaitu genus Scleropages merupakan jenis yang popular dan berharga tinggi. Di samping itu, ia mempunyai permintaan yang sangat tinggi dalam kalangan peminat ikan hiasan, terutamanya bagi masyarakat Cina tempatan dan seluruh dunia. Lokasi asal ikan ini boleh ditemui sebenarnya masih banyak terutama di kawasan pedalaman yang tiada pencemaran air oleh arus pembangunan.



JENIS AROWANA

Terdapat tiga genus arowana di seluruh dunia iaitu genus Scleropeges, Osteoglossum, dan Heterodontis. Ketiga-tiga genus ini digolongkan dalam fimili Osteoglossidae. Jenis yang terdapat di Afrika dan Madagascar digolongkan dalam subfamili Heterotidinae dan dikategorikan dalam spesies Heterodontis. Spesies Heterodontis ini merupakan ikan untuk makanan dan kurang sesuai dijadikan ikan hiasan kerana warnanya tidak menarik.

Arowana yang terdapat di Amerika Selatan seperti Bolivia, Brazil, Columbia, dan Venezuele ialah spesies Osteoglossum bicirrhorum (arowana perak), dan Osteoglossum ferreirai (arowana hitam). Manakala arowana yang terdapat di rantau Asia dikenal sebagai arowana Asia (Asian Bonytongue). Spesies yang terdapat di Malaysia dan Indonesia ialah daripada spesies Scleropages formosus.

Di Australia dan Papua New Guinea pula terdapat dunia jenis arowana, iaitu arowana mutiara dan arowana berbintik. Ikan ini dipelihara sebagai ikan hiasan di Malaysia. Di negara asalnya ikan ini merupakan ikan untuk makanan dan spesies ikan pancing yang terkenal.

Pada masa kini, pelbagai nama atau gelaran komersial telah diberikan kepada jenis-jenis arowana yang dihasilkan secara pembiakan di dalam kolam di negara kita. Arowana yang dihasilkan melalui pembiakan kacukan dan pemilihan induk dan baka terbaik menghasilkan pelbagai jenis arowana.

KEUNIKAN BENTUK BADAN

Menyentuh tentang keunikan arowana, khusus kepada ikan yang paling popular iaitu arowara Asia atau Scleropages formosus. Ikan ini mempunyai bentuk  badan yang pipih memanjang. Panjang badannya lebih kurang tiga kali ukuran panjang kepalanya. Sirip dorsalnya terletak di belakang badannya dan rapat dengan sirip ekornya. Ekornya yang dempak berbentuk separuh bulatan terbuka luas semasa ikan berenang. Badannya kelihatan cantik dan lemah gemalai apabila berenang terutama semasa membelok ke kiri dan kanan. Mulutnya menghali ke  bahagian hujung kepalanya yang menghala ke atas memudahkan ikan pemangsa ini menyambar mangsanya yang jatuh ke permukaan air. Dikenal sebagai ikan pemangsa yang agresif, penggemar ikan ini sangat suka memerhatikan kelakuannya semasa memberi makan atau semasa berehat penat lelah berkerja.

PEMAKANAN ARONAMA

Arowana ialah sejenis ikan pemangsa atau pemakan daging. Di habitat semula jadi arowana, apa sahaja yang ada dalam air seperti anak ikan, udang, dan serangga termasuk reptilia dan mamalia kecil yang termasuk ke dalam air akan menjadi mengsanya. Namun, bagi arowana yang dipelihara di dalam kolam, terdapat beberapa jenis makanan yang diberi kepada arowana yang dipelihara atau diternak di dalam kolam iaitu;

Cengkerik.
Cengkerik kaya dengan kandungan protein dan kitin. Ia sesuai diberi makan kepada arowana kerana kitin membantu tumbesaran dan mencantikkan warna ikan. Kini, cengkerik boleh dihasilkan secara komersial dan boleh dibeli di pasaran dengan harga yang murah. Bagi mengelakkan cengkerik ini terbang, ia perlu di sejukbekukan di dalam peti sejuk. Memberikan makanan berkhasiat seperti lobak merah atau bayam kepada cengkerik sebelum diberikan kepada arowana adalah baik dan digalakkan kerana arowana akan memdapat khasiat makanan yang dimakan oleh cengkerik itu.

Belalang.
Belalang jarang digunakan untuk makanan arowana keran kesukaran mendapatkan bekalannya. Ia dikatakan dapat merawat penyakit pada peringkat awal secara semula jadi. Walau bagaimanapun, belalang yang ditangap dari sawah atau padang sahaja paling sesuai digunakan untuk makanan arowana kerana ia tidak mengandungi racun.

Udang Laut.
Udang sangat sesuai diberikan kepada arowana kerana kandungan protein dan kitinnya yang tinggi. Kitin yang terdapat dalam kulit udang juga berkhasiat dan dapat menjadikan warna arowana lebih menarik. Udang yang biasa digunakan ialah udang laut yang telah disejukbekukan. Udang air tawar hidup juga boleh diberikan sebagai makanan ikan. Makanan ini dapat mempercepat tumbesaran dan menyerlahkan warna asal ikan.

Daging Ikan Segar.
Daging ikan segar juga boleh digunakan makanan arowana. Bahagian selaput yang mengandungi minyak perlu dibuang terlebih dahulu. Daging yang telah di bersihkan dipotong kecil atau berbuntuk dadu, bergantung kepada saiz ikan dipelihara. Walau bagaimanapun, daging ikan beku tidak begitu digalakan untuk diberikan kepada ikan arowana kerana apabila diberikan dalam jangka panjang, ia mungkin akan merosakkan organ dalaman ikan.

Ulat Gandum
Ulat gandum mudah didapati dan terdapat banyak di pasaran kerana telah diternak secara komersial. Ia berasal dari Afika dan boleh diternak di negara kita. Ia sesuai untuk semua tahap umar dan jenis arowana. Terdapat dua jenis ulat gandum di pasaran iaitu ulat gandum kecil dan ulat gandum besar. Ulat ini mengandungi 20% protein, 14% lemak, karbohidar, hormon, dan enzim yang sangat berkhasiat untuk arowana. Ulat gandum ini boleh diternak dengan mudah di dalam kotak plastik dengan diberi perbagai jenis makanan seperti oat, gandum, lobak, dan sengkuang.

Anak Ikan.
Anak-anak ikan kecil seperti ikan gapi, molly, swordtail, seluang, ikan emas atau koi boleh digunakan sebagai makanan arowana. Walaubagaimanapun, ikan liar seperti ikan seluang atau gapi yang ditangkap dari perairan semula jadi yang tercemar tidak sesuai untuk makanan arowana kerana membahayakan ikan. Biasanya ikan liar ini membawa pelbagai jenis parasit dan bakteria jadi kuarantin ikan liar ini sebelum dijadikan makanan kepada arowana.

Katak.
Katak juga merupakan makanan yang berkhasiat bagi arowana. Katak untuk makanan arowana mestilah jenis yang dipelihara, bukan yang ditangkap dari sawah atau padang. Katak liar tidak sesuai sebagai makanan arowana kerana ia berkemungkinan mengandungi racun atau toksik di dalam tubuhnya.

Lipan.
Lipan sangat digemari oleh arowana. Ia sesuai untuk semua jenis arowana yang mempunyai sisik berwarna seperti jenis arowana Asia. Hal ini kerana kandungan kitin yang tinggi di dalam lipan boleh menambahkan intensiti warna sisiknya. Bahagian kepala yang mengandungi bisa perlu dibuang terlebih dahulu sebelum diberikan kepada ikan.

KEKERAPAN MEMBERI MAKAN

Ikan yang diternak di dalam tangki tidak perlu diberi makan terlalu kerap. Pemberian makanan sekali sehari adalah mencukupi. Jumlah makanan yang diberikan adalah sekadar kenyang atau ikan berhenti makan. Memberi makanan secara berlebihan mengakibatkan ikan terlalu gemuk. Makanan yang mengandungi lemak yang tinggi pula menyebakan kecatatan fizikal seperti sindrom mata jatuh. Oleh itu, makanan tidak boleh diberikan terlalu kerap kerana akan menyebabkan kegemukan dan pengumpulan tisu lemak di dalam perut ikan yang boleh mengakibatkan ikan menjadi kurang subur atau mandul.

No comments:

Post a Comment