Pages

Tuesday 15 November 2011

Bantuan RM100 Untuk Pelajar Sekolah

Dengar berita pasal wang bantuan RM100 untuk pelajar sekolah ni. Banyak jugak RM100 tu. Harap ibu bapa dapat gunakan bantuan RM100 untuk pelajar sekolah ni pada tempat yang sepatutnya. Bukan mudah orang nak bagi RM100 macam tu je.

Wang bantuan RM100 untuk pelajar sekolah ni kalau didarabkan dengan 5.3 juta pelajar sekolah, maunya RM 530 000 000 atau lebih tepat RM 530 juta. Banyak tu. Lebih untung adalah ibu bapa yang mempunyai ramai anak yang bersekolah di sekolah rendah dan sekolah menengah. Bayangkan kalau satu keluarga tu mempunyai 5 orang anak. Dijangkakan ibu bapa dapat mengumpulkan RM500 dari wang bantuan RM100 untuk pelajar sekolah. Alhamdulillah…


Pemberian RM100 untuk pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah seperti yang diumumkan di dalam Bajet 2012 akan dibuat selewat-lewatnya pada hari Jumaat minggu ini (kalau tak silap saya).Wang bantuan RM100 untuk pelajar sekolah ni akan diagihkan ke akaun bank sekolah dan sekolah bertanggung jawab memberikan wang tersebut kepada ibu bapa atau pelajar.

Kira-kira 5.3 juta pelajar sekolah rendah dan menengah akan menerima wang bantuan persekolahan RM100 seorang yang sudah disalurkan kepada akaun sekolah masing-masing mulai semalam dan diagihkan secara tunai kepada ibu bapa, penjaga atau murid dalam tempoh 14 hari. Bayaran berkenaan untuk murid Tahun Satu hingga Tingkatan Empat bagi sesi persekolahan 2011, manakala bagi Sabah dan Sarawak, selewat-lewatnya minggu depan. 

PETALING JAYA: Pemberian wang bantuan sebanyak RM100 kepada 5.3 juta pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara akan dibayar pada penghujung bulan ini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran dijangka membuat pengumuman mengenai mekanisme pembayaran yang akan dibuat oleh pihak kerajaan dalam tempoh terdekat.

Difahamkan pembayaran tersebut akan dibuat melalui dua peringkat, pertama untuk pelajar Tahun Dua hingga Lima dan satu lagi untuk pelajar Tingkatan Dua hingga Empat.
Bagi pelajar Tahun Satu dan Tingkatan Satu mereka akan hanya menerima wang bantuan tersebut sebaik sahaja sesi persekolahan bermula.
Perkara tersebut dibuat ekoran sesi persekolahan pada tahun ini dijangka akan bermula awal ekoran persediaan untuk pelajar menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia yang akan bermula Isnin depan.

Berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan di laman web, Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor menunjukkan, wang bantuan tersebut akan dimasukkan ke akaun Bank Simpanan Nasional dan akaun khas akan dibuka untuk sekolah yang tidak mempunyai akaun tersebut.
Difahamkan sekiranya guru besar setiap sekolah yang mengeluarkan wang bantuan daripada akauan tersebut melebihi RM10,000, beliau akan diiringi dua guru serta seorang pegawai polis.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika membentangkan Bejat 2012 mengumumkan bahawa kerajaan akan memberikan bantuan persekolahan sebanyak RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah bagi meringankan beban ibu bapa.
Difahamkan pihak sekolah perlu segera mengagihkan wang tersebut kepada pelajar.
Dalam pada itu, difahamkan guru besar sekolah di Negeri Sembilan telah diberi taklimat mengenai isu berkenaan, Selasa dan wang berkenaan akan didepositkan ke akaun sekolah dalam tempoh terdekat.

Mereka juga diarahkan supaya mengagihkan wang berkenaan kepada pelajar sebelum hari terakhir sesi persekolahan. 

Sumber: mStar
 
RM100 ni cukup la untuk menampung duit baju anak-anak. Jangan lupa ucapan terima kasih kepada kerajaan dan sekolah dan jugak bersyukur dengan apa yang ada

No comments:

Post a Comment