Pages

Monday 21 November 2011

Zombie Menyerang


Apakah yang akan anda lakukan jika zombie menyerang? Membayangkan rupa hodoh mayat yang bangkit semula tentu amat meggerunkan. Apatah lagi jika zombie itu meluru kelaparan ke arah anda, mahu menyerang dan membaham anda. Adakah anda akan lari? Mampukah anda mempertahankan nyawa sendiri, lalu menyerangnya kembali? Jika anda tewas mati digigit zombie, adakah anda pula akan turut bangkit semula menjadi zombie?


Zombie atau mayat yang bangkit semula memang banyak muncul dalam filem seram, termasuklah di Malaysia. Namun sebenarnya, zombie berasal dari Afrika. Perkataan zombie datang dari bahasa Kikongo, iaitu “nzamb”. Di Afrika Barat, roh zombie disimpan di dalam botol-botol kecil untuk dijadikan azimat, manakala tubuhnya dibiarkan berkeliaran.

Pada tahun 2009, beberapa orang ahli matematik dari kanada telah membuat penyelidikan tentang kebarangkalian serangan zombie yang berkeliaran di sebuah Bandar. Kajian tersebut diterbitkan dalam jurnal perubatan tentang penyakit berjangkit bertajuk Infectious Disease Modelling Research Progress. Dirumuskan, sebuah kota yang mempunyai 500 000 penghuni akan musnah dalam tempoh tiga hari jika diserang oleh zombie. Kajian tersebut diketuai oleh Profesor Robert Smith? (nama beliau memang mempunyai tanda soal di hujungnya) dari Universiti Ottawa. Menurut beliau, cara terbaik untuk menyelamatkan dari adalah dengan menyerang balas secara cepat. Walau bagaimanapun, realitinya zombie bukanlah makhluk yang suka menyerang. Kajian menunjukkan bahawa zombie hanya mempu bergerak seperti kemabukan.


Sesungguhnya, kisah kewujudan zombie seperti betul-betul tidak logik dan tahyul belaka. Mana mungking mayat yang sudah mati dihidupkan semula? Tanpa nadi, bagaimanakah mayat mampu bergerak dan menyerang? Namun, fenomena zombie bukanlah tahyul, sebaliknya benar-benar berlaku. Terdapat pengkaji dan saintis yang telah menyaksikan zombie bangkit bergerak di hadapan mata meraka sendiri. Namun, kisah zombie sering dimanipulasikan dan direka-raka membuatkan banyak orang yang keliru, mana yang benar dan mana pula kisah yang ditokok tambah.

Dikatakan, pawang-pawang Afrika Barat yang dinamai bokor menggunakan ilmu hitam atau voodoo untuk membangkitkan zombie dengan memujanya dikuburan. Untuk mengembalikan zombie semula ke kubur, garam akan diberi sebagai makanan. Selain Afrika , negara Haiti yang terletak di benua Amerika merupakan antara lokasi banyak kejadian zombie.



Pada tahun 1980, seorang lelaki tiba-tiba muncul tidak keruan di sebuah pinggir Bandar di Haiti. Lelaki tersebut mengaku bahawa dirinya ialah Clairvius Narcisse yang telah meninggal dunia hamper tiga dekad sebelumnya di sebuah hospital di bandar Deschapelles. Setelah mati, beliau telah diselubung dengan kain oleh doctor, seperti dikapankan. Walau bagaimanapun, bokor telah membangkitkannya semula. Untuk memastikan Narcisse tidak menipu, banyak soalan telah diajukan oleh saintis dan ahli keluarga kepadanya. Narcisse telah menjawab semuanya dengan betul, termasuklah soalan rahsia yang hanya dijetahui oleh ahli keluarga rapat sahaja. Jelaslah, Narcisse sebenarnya zombie.

Pada pertengahan tahun 1980-an, setelah tersebarnya kisah Clairvius Narcisse, ahli etnobotani, Dr.Wade Davis telah berpindah ke hati kerana tertarik untuk mengkaji tentang fenemena zombie. Beliau telah menerbitkan banyak kertas kajian dan buku tentang penyelidikannya. Dalam salah sebuah bukunya yang terkenal bertajuk Passage of Darkness: The Enthobiology of the Haiti Zombie, beliau menerangkan cara-cara pawang Haiti menukarkan manusia menjadi zombie.

Menurut Dr.Wade Davis, dua jenis serbuk khas akan disuntik masuk ke dalam darah seseorang yang mahu dibangkitkan semula. Setelah bangkit, zombie kemudianya dikerah menjadi hamba abdi. Penemuan oleh Dr.Wade Davis ini mengesahkan bahawa zombie senenarnya tidak boleh berjangkit dengan serangan dan gigitan, seperti yang digambarkan dalam filem seram. Serbuk khak diperlukan untuk membangkitkan seseorang menjadi zombie.

Satu lagi penemuan Dr.Wade Davis yang signifikan adalah tentang cara zombie bangkit semula. Sebenarnya, tidak ada yang tahyul dan tiada juga sihir ilmu hitam dalam fenomena zombie. Segala-galanya hanyalah tindak balas kimiawi bersifat saintifik. Dr.Wade Davis mendapati, zombie bukanlah seseorang yang sudah mati dan dihidupkan semula. Beliau telah mengkaji komposisi serbuk yang disuntik masuk ke tubuh ketika mahu mengubah seseorang manjadi zombie. Didapati serbuk tersebut mengandungi racun tatrodotoksin yang mudah terdapat di Afrika dan Amerika Selatan, iaitu daripada sumber flora dan fauna. Bokor membancuh racun tetrodotoksin yang diambil daripa beberapa spesies katak dan ikan buntal serta pokok bunga trumpet atau datura untuk membangkitkan zombie. Setelah menggaulnya, racun itu akan disuntik kepada mangsa semasa dia masih hidup.

Seorang yang disuntik tetrodotoksin akan kelumpuhan seluruh badannya dan mempamerkan keadaan seolah-olah sudah mati. Barangkali, itulah yang terjadi kepada Clairvius Narcisse semasa dia “mati” di hospital pada tahun 1960-an. Setelah mempamerkan keadaan seperti sudah mati, mangsa akan dikebumikan seperti mayat biasa. Kemudiannya, mangsa akan diberi suntikan kedua yang mengandungi dadah psikoaktif yang akan membangkitkannya semula dalam keadaan mabuk dan khayal. Oleh sebab itulah, zombie alam reality kelihatan seperti kemabukan.

Walaupun banyak saintis tidak setuju dengan penemuan Dr.Wade Davis, namun kajiannya telah banyak membantu kefahaman umum tentang fenomena zombie dan menyedarkan bahawa zombie bukanlah tahyul dan sihir, tetapi hanyalah tindak balas sains kimia terhadap biologi tubuh manusia. Zombie yang dibangkitkan semula sebenarnya merupakan mangsa jenayah yang dilakukan oleh bokor dengan menyalahgunakan dadah. Sehingga kini, beberapa kajian tentang zombie telah dilakukan. Penemuan terbaharu pada Ogos 2010 memdapai fenomena zombie turut berlaku dalam alam haiwan seperti serangga dan beluncas.

Fenomena zombie dalam habitat semula jadi dunia haiwan mempunyai perbezaan kerana tidak ada bokor atau pawang yang akan menyuntik dadah ke dalam mangsa. Haiwan-haiwan menjadi zombie kerana dikawal oleh parasif yang menumpang di dalam tubuhnya. Kajian yang dilakukan oleh Dr.David Hughes dari Universiti Exeter, United Kingdom mendapati, terdapat sejenis kulat bernama ophiocordyceps unilateralis yang mampu memukar semut menjadi zombie. Kulat tersebut membuatkan semut menjauhkan dari daripada koloninya, lalu membunuh diri. Kemudian tubuhnya digunakan sebagai rumah untuk kulat tersebut menyebarkan spornya.

Satu lagi kes zombie alam haiwan melibatkan beluncas. Penyengat spesies glyptapanteles akan menyengat dan bertelur dalam badan beluncas yang menjadi mangsa. Setelah disengat, beluncas akan menjadi zombie, mengawal telur sehinggalah menetas di dalam tubuhnya, membunuh dirinya sendiri. Jika dikacau oleh haiwan lain, beluncas akan menggoyang-goyangkan tubuh dengan pantas, agar haiwan yang mengganggunya melarikan dari.

Sehingga kini, saintis belum menjumpai parasit yang mengubah manusia menjadi zombie. Jika hal ini berlaku kepada haiwan, tentulah bolah juga berlaku kepada manusia, bukan? Bokor hanya mampu mengubah seorang dua mengsanya menjadi zombie, tetapi serangan parasit akan sepat merebak ke seluruh populasi manusia. Dunia ini akan dipenuhi manusia zombie dalam sekelip mata. Jika zombie menyerang, adakah anda sudah bersedia?

No comments:

Post a Comment