Pages

Thursday 19 January 2012

Petua Melangkapkan Ruang Untuk Belajar.


Bagi pelajar, ruang belajar adalah antara keperluan paling perlu untuk membantu aktiviti mengulang kaji pelajaran. Ada pelajar yang mempunyai bilik sendiri, khas untuk mengulang kaji pelajaran, dan ada pula yang harus berkongsi kamar dengar adik-beradik atau ahli keluarga yang lain. Ada pelajar yang tidak mempunyai bilik langsung, sekadar belajar di salah satu sudut rumah. Apa-apa pun caranya, andar perlu melengkapkan ruang belajar khas buat diri sendiri supaya pembelajaran dan proses mengulang kaji pelajaran menjadi lancer.



Tip 1: AKSES KEPADA SUMBER ILMU

Di ruang belajar khas anda itu, akses kepada sumber ilmu amat penting. Anda harus mempunyai tempat untuk menyimpan buku kerana ruang belajar tanpa buku ialah ruang belajar yang tidak lengkap. Mungkin anda perlu menyediakan almari untuk buku teks dan buku ulang kaji. Buku tersebut haruslah di susun secara teratur agar lebih mudah dan pantar untuk anda mengakses maklumat ketika belajar. Anda juga perlu menyediakan rak tertentu untuk meletakkan buku nota atau buku rujukan. Pastikan anda mempunyai akses kepada pelbagai sumber ilmu di ruang belajar. Keratan akhbar dan majalah boleh diletakkan di satu sudut, selain pita video atau perakam. Jika anda mempunyai komputer berinternet, terdapat jutaan laman web di alam maya yang dapat membantu anda mengakses maklumat, memudahkan anda belajar dan memahami topic pembelajaran.


Tip 2: KESELESAAN

Keselesaan perlu untuk membantu anda mengulang kaji. Ruang yang terlalu panas atau tersangat sejuk akan menyukarkan anda untuk belajar. Jika ruang belajar anda itu terasa hangat, pastikan ada kipas angina tau penyeman udara untuk membantu mendinginkan tubuh. Jika anda berpeluh-peluh, bagaimana mahu mengulang kaji pelajaran? Pastikan juga terdapat kerusi dan meja yang selesa dan sesuai mengikut saiz tubuh untuk andar belajar. Kerusi yang terlalu keras tidak ergonomik atau meja yang terlalu besar atau kecil akan menyulitkan pembelajaran dan mungkin membahayakan tulang belakang dan kesihatan anda. Persekitaran yang kotor dan berselerak turut mengganggu perbelajaran anda. Oleh itu, anda perlu membersihkan ruang belajar tersebut dengan kerap. Letakkan pewangi dinding dengan foto atau poster yang dapat memberikan motivasi dan menenangkan fikiran. Gunakanlah cita rasa sendiri dan mewujudkan ruang belajar yang kemas, selesa dan kondusif untuk pembelajaran anda.


Tip 3: PENCAHAYAAN YANG MENCUKUPI

Pencahayaan adalah antara elemen utama dalam pembelajaran. Cahaya yang terlalu malap akan mengganggu kelancaran pembacaan, tumpuan akan mudah terganggu dan anda juga akan mudah mengantuk. Cahaya yang terlalu terang pula akan menyilaukan kertas, sera turut merencatkan pembacaan. Jika hal ini berterusan, mata anda pula akan rosak. Oleh itu, pastikan ruang belajar anda mempunyai pencahayaan yang cukup untuk memudahkan anda membaca. Selak langsir jika mengulang kaji pada waktu siang hari untuk membenarkan cahaya matahari masuk. Nyalakan lampu jika anda mengulang kaji pada waktu malam. Jika mentol lampu di ruang belajar anda itu terlalu malap, cuba gunakan lampu tambahan yang diletakan di atas meja.


Tip 4: RUANG UNTUK BERSENDIRI

Ruang belajar anda haruslah tidak terlalu terdedah kepada gangguan luaran. Lebih baik jika ruang itu terpencil daripada kebisingan adik-beradik yang lain, jauh daripada bau masakan dapur, serta mempunyai jarak daripada pemandang dapat  mengganggu atau membantutkan pembelajaran anda. Seelok-eloknya, carilah ruang yang sunyi untuk anda bersendiri dan mengulang kaji pelajaran. Jika anda terpaksa berkongsi ruang dengan adik-beradik yang lain. Mungkin dapat dibuat sempada persendirian masing-masing, Jika ruang yang di kongsi itu terlalu sempit, aturkan jadual belajar supaya adik-beradik anda mempunyai waktu khas untuk bersendirian mengulang kaji pelajaran. Tutup pintu untuk mengelakkan gangguan. Jika anda mempunyai telefon bimbit, elok juga matikan agar tumpuan sepenuhnya dapat diberikan kepada pembelajaran. Ruang belajar ialah ruang untuk anda bersendiri.


Tip 5: SEDIAKAN KAWASAN BEREHAT

Akhir sekali, ruang belajar anda haruslah mempunyai kawasan untuk berhibur dan menenangkan perasaan. Tidak ada gunanya anda mengulang kaji secara berterusan berjam-jam tanpa berehat. Semakin lam anda duduk menelaah, Semakin tepu otak anda untuk menerima maklumat. Oleh itu sediakanlah ruang tertetu untuk rehat. Mungkin anda dapat menyediakan kawasan lapang untuk menunaikan solat dan berdoa. Sebuah sofa yang selesan dapat ditempatkan di satu sudut untuk duduk sambil mendengar muzik dan membaca komik. Mungkin anda dapat menggunakan komputer untuk berborak di internet bersama-sama rakan. Permainan  komputer juga dapat membantu menajamkan fikiran anda. Jika anda gemar melukis, sediakan satu sudut untuk anda melukis. Sesungguhnya, ruang belajar tanpa kawasan berehat tidak lengkap. Setelah anda berehat dan berhibur dapatlah anda menyambung ulang kaji pelajaran dengan lebih bertenaga.

No comments:

Post a Comment