Pages

Wednesday 2 November 2011

Rahsia Bumi Kita


            Planet yang kita diami ini, planet nomor tiga dari matahari dalam system suria, barangkali merupakan planet yang paling ajaib. Sehingga kini, belum ada planet lain yang mempunyai hidupan kecuali di bumi. Sehingga kini juga, tidak pernah henti kajian dan penyelidikan dilakukan bagi memahami planet tempat tinggal manusia ini. Bagaimanakah bentuk sebenar bumi kita? Adakah bulat sfera, lonjong atau rata? Apakah rahsia di dalam perut bumi? Adakah perut bumi berlubang di tengahnya atau panas mendidih dipenuhi lahar? Sehingga kini, sentiasa ada pengetahuan yang baharu dan yang membuka mata ditemukan tentang fizikal bumi.


            Jika merujuk etimologi, nama “bumi” berasal daripada bahasa Sanskrit, iaitu “tanah”. Istilah bahasa inggeris juga sama. Perkataan earth mengambil sempena istilah erda daripada bahasa inggeris tua yang turut membawa maksud “tanah”. Pelik juga kerana tanah bukanl;ah sumber paling banyak di planet ini.

            Daripada jisim bumi yang dianggarkan seberat 5.98 x 1024 kilogram, 32.1 % daripadanya besi, 30.1 % oksigen dan 15.1 % silicon. JIka mengukur keluasan muka bumi juga, tanah bukanlah yang paling banyak kerana 70.8% daripada permukaan bumi dilitupi  air yang membentuk sungai,tasik dan lautan. Jika dipandang dari angkasa juga, planet ini dilihat berwarna biru, seperti dipenuhi oleh air. Oleh itu “tanah” bukanlah nama yang sesuai bagi planet kita ini, namun manusia dahulu tidak mempunyai pengetahuan tentang peratusan jisim dan keluasan permukaan bumi. Hidup dan mati mereka hanya berpijak di tanah, maka planet kita ini pun dinamai “bumi”.

            Oleh sebab tiada pengetahuan yang cukup tentang planet ini jugalah manusia purba banyak mengeluarkan pelbagai teori tentang keadaan fizikal dan perut bumi. Ada yang tidak masuk akal, tetapi ada juga yang kekal dipercayai sehingga kini. Contohnya, menurut mitologi Cina, Hindu dan Indian Amerika, bumi kita dipikul oleh kura-kura gergasi. Kepercayaan ini disebut oleh ahli fizik, Stephen Hawking, dalam bukunya yang terkenal, A Brief History of Time. Dikatakan bahawa kura-kura gergasi tersubut memikul sekeping bumi yang rata sejak alam kita disipta jutaan tahuan yang lampau.

            Seperti disetujui umum, bumi berbentuk sfera, bukanlah sekeping rata, seperti kepercayaan dahulu kala, apatah lagi dipikul oleh makhluk gergasi. Walau bagaimanapun, ada segelintir saintis dan penyelidik kini yang masih mempercayai bahawa bumi sebenarnya rata. Para saintis tersebut mewujudkan pertubuhan yang dinamai Flat Earth Society bagi mengkaji dan menerujui kepercayaan ini, selain menghebahkan fakta kajian mereka kepada orang ramai. Menurut pertubuhan tersebut, konspirasi besar-besaran dilakukan oleh para saintis arus perdana, menyebarkan fitnah dan menipuan kepada khalayak dengan mengatakan bahawa bumi ini bulat.


            Flat Earth Society ditubuhkan pada tahuan 1956 oleh Samuel Shenton, felo di Royal Astronomical Society, United Kingdom dan kemudiannya diketuai oleh Charles K.Johnson yang memusatkannya di California, Amerika Syarikat. Johnson menulis perihal bumi yang rata untuk majalah Science Digest pada tahun 1980. Dia mengatakan bahawa “jika bumi berbentuk sfera, permukaan air laut dan tasik tentulah lengkung sfera.”

No comments:

Post a Comment