Pada masa dahulu, arowana dikenali sebagai ikan
kelisa. Dalam kalangan peminat ikan hiasan pula, ikan ini dikenali sebagai
arowana. Pada sekitar tahun 1970 bagi penduduk berdekatan Tasik Bukit Merah,
Semanggol di daerah Kerian, Perak, ikan ini tidak mempunyai apa-apa
keistimewaan dibandingkan dengan ikan air tawar lain seperti lampan sungai,
terbul, tembakang, dan sebarau. Ikan kelisa dikatakan ditangap dengan mudah dan
banyak di tasik dan sungai-sungai sekitarnya. Ketika itu, tidak ada sesiapa pun
menyangka ikan kelisa yang mereka jadikan lauk itu suatu ketika nanti menjadi
simbol dan sumber kekeyaan serta mampu menjana pendapatan negara yang bernilai
jutaan tingit
POPULARITI AROWANA
Bagi masyarakat Cina, arowana akan dikaitkan dengan
keuntungan dan dikatakan ikan yang membawa tuah kepada pemeliharanya. Dilihat
pada bentuk bandanya, ikan ini menyerupai bentuk naga. Di negara kita,
masyarakat Cina begitu fanatik kepada arowana kerana menurut kepercayaan
mereka, arowana ialah usul kejadian naga. Ia dikatakan jelman seekor naga
memandangkan bentuk badannya yang panjang, sisik yang lebar, dan sepasang
sesungut yang terdapat di bahagian hadapan mulutnya. Pergerakan renangnya yang
lemah gemalai seolah-olah lenggok tarian naga.
Masyarakat Cina juga percaya bahawa memeliharan
arowana akan memberikan untung (ong)
kepada pemiliharanya. Namun apa yang menghairankan, arowana tidak pernah
ditemui di negara China, Sedangkan kepercayaan ini menjadi perkara lumrah dan
diketahui umum. Seandainya masyarakat cina tidak mempunyai kepercayaan
sedemikian, mungkin arowaa akan di anggap tidak ada bezanya dengan ikan sebarau
atau lampan sebagai ikan sungai yang hanya bolah di jadikan hidangan lazat.
ASAL USUL AROWANA
Ikan ini bolah ditemui secara semula jadi di Kepulauan
Melayu, seperti kepulauan Borneo, Pulau Bangka, Sumatera, dan Semenanjung
Malaysia. Arowana juga boleh ditemui di benua Australia, Amerika Selatan dan
Afrika, yang berasal dari Kepulauan Melayu dan Asia merupakan jenis yang paling
berkualiti dan sangat menarik. Jenis arowana Asia iaitu genus Scleropages merupakan jenis yang popular
dan berharga tinggi. Di samping itu, ia mempunyai permintaan yang sangat tinggi
dalam kalangan peminat ikan hiasan, terutamanya bagi masyarakat Cina tempatan
dan seluruh dunia. Lokasi asal ikan ini boleh ditemui sebenarnya masih banyak
terutama di kawasan pedalaman yang tiada pencemaran air oleh arus pembangunan.
JENIS AROWANA
Terdapat tiga genus arowana di seluruh dunia iaitu
genus Scleropeges, Osteoglossum, dan Heterodontis. Ketiga-tiga genus ini
digolongkan dalam fimili Osteoglossidae. Jenis yang terdapat di Afrika dan
Madagascar digolongkan dalam subfamili Heterotidinae dan dikategorikan dalam
spesies Heterodontis. Spesies Heterodontis ini merupakan ikan untuk
makanan dan kurang sesuai dijadikan ikan hiasan kerana warnanya tidak menarik.
Arowana yang terdapat di Amerika Selatan seperti
Bolivia, Brazil, Columbia, dan Venezuele ialah spesies Osteoglossum bicirrhorum (arowana perak), dan Osteoglossum ferreirai (arowana hitam). Manakala arowana yang
terdapat di rantau Asia dikenal sebagai arowana Asia (Asian Bonytongue). Spesies yang terdapat di Malaysia dan Indonesia
ialah daripada spesies Scleropages
formosus.
Di Australia dan Papua New Guinea pula terdapat
dunia jenis arowana, iaitu arowana mutiara dan arowana berbintik. Ikan ini
dipelihara sebagai ikan hiasan di Malaysia. Di negara asalnya ikan ini
merupakan ikan untuk makanan dan spesies ikan pancing yang terkenal.
Pada masa kini, pelbagai nama
atau gelaran komersial telah diberikan kepada jenis-jenis arowana yang
dihasilkan secara pembiakan di dalam kolam di negara kita. Arowana yang
dihasilkan melalui pembiakan kacukan dan pemilihan induk dan baka terbaik
menghasilkan pelbagai jenis arowana.
KEUNIKAN BENTUK BADAN
Menyentuh tentang keunikan
arowana, khusus kepada ikan yang paling popular iaitu arowara Asia atau Scleropages formosus. Ikan ini mempunyai
bentuk badan yang pipih memanjang.
Panjang badannya lebih kurang tiga kali ukuran panjang kepalanya. Sirip
dorsalnya terletak di belakang badannya dan rapat dengan sirip ekornya. Ekornya
yang dempak berbentuk separuh bulatan terbuka luas semasa ikan berenang.
Badannya kelihatan cantik dan lemah gemalai apabila berenang terutama semasa
membelok ke kiri dan kanan. Mulutnya menghali ke bahagian hujung kepalanya yang menghala ke
atas memudahkan ikan pemangsa ini menyambar mangsanya yang jatuh ke permukaan
air. Dikenal sebagai ikan pemangsa yang agresif, penggemar ikan ini sangat suka
memerhatikan kelakuannya semasa memberi makan atau semasa berehat penat lelah
berkerja.
PEMAKANAN ARONAMA
Arowana ialah sejenis ikan
pemangsa atau pemakan daging. Di habitat semula jadi arowana, apa sahaja yang
ada dalam air seperti anak ikan, udang, dan serangga termasuk reptilia dan
mamalia kecil yang termasuk ke dalam air akan menjadi mengsanya. Namun, bagi
arowana yang dipelihara di dalam kolam, terdapat beberapa jenis makanan yang
diberi kepada arowana yang dipelihara atau diternak di dalam kolam iaitu;
Cengkerik.
Cengkerik kaya dengan kandungan
protein dan kitin. Ia sesuai diberi makan kepada arowana kerana kitin membantu
tumbesaran dan mencantikkan warna ikan. Kini, cengkerik boleh dihasilkan secara
komersial dan boleh dibeli di pasaran dengan harga yang murah. Bagi mengelakkan
cengkerik ini terbang, ia perlu di sejukbekukan di dalam peti sejuk. Memberikan
makanan berkhasiat seperti lobak merah atau bayam kepada cengkerik sebelum
diberikan kepada arowana adalah baik dan digalakkan kerana arowana akan
memdapat khasiat makanan yang dimakan oleh cengkerik itu.
Belalang.
Belalang jarang digunakan untuk
makanan arowana keran kesukaran mendapatkan bekalannya. Ia dikatakan dapat
merawat penyakit pada peringkat awal secara semula jadi. Walau bagaimanapun,
belalang yang ditangap dari sawah atau padang sahaja paling sesuai digunakan
untuk makanan arowana kerana ia tidak mengandungi racun.
Udang Laut.
Udang sangat sesuai diberikan
kepada arowana kerana kandungan protein dan kitinnya yang tinggi. Kitin yang
terdapat dalam kulit udang juga berkhasiat dan dapat menjadikan warna arowana
lebih menarik. Udang yang biasa digunakan ialah udang laut yang telah
disejukbekukan. Udang air tawar hidup juga boleh diberikan sebagai makanan
ikan. Makanan ini dapat mempercepat tumbesaran dan menyerlahkan warna asal ikan.
Daging Ikan Segar.
Daging ikan segar juga boleh
digunakan makanan arowana. Bahagian selaput yang mengandungi minyak perlu
dibuang terlebih dahulu. Daging yang telah di bersihkan dipotong kecil atau
berbuntuk dadu, bergantung kepada saiz ikan dipelihara. Walau bagaimanapun,
daging ikan beku tidak begitu digalakan untuk diberikan kepada ikan arowana
kerana apabila diberikan dalam jangka panjang, ia mungkin akan merosakkan organ
dalaman ikan.
Ulat Gandum
Ulat gandum mudah didapati dan
terdapat banyak di pasaran kerana telah diternak secara komersial. Ia berasal
dari Afika dan boleh diternak di negara kita. Ia sesuai untuk semua tahap umar
dan jenis arowana. Terdapat dua jenis ulat gandum di pasaran iaitu ulat gandum
kecil dan ulat gandum besar. Ulat ini mengandungi 20% protein, 14% lemak,
karbohidar, hormon, dan enzim yang sangat berkhasiat untuk arowana. Ulat gandum
ini boleh diternak dengan mudah di dalam kotak plastik dengan diberi perbagai
jenis makanan seperti oat, gandum, lobak, dan sengkuang.
Anak Ikan.
Anak-anak ikan kecil seperti
ikan gapi, molly, swordtail, seluang, ikan emas atau koi boleh digunakan
sebagai makanan arowana. Walaubagaimanapun, ikan liar seperti ikan seluang atau
gapi yang ditangkap dari perairan semula jadi yang tercemar tidak sesuai untuk
makanan arowana kerana membahayakan ikan. Biasanya ikan liar ini membawa
pelbagai jenis parasit dan bakteria jadi kuarantin ikan liar ini sebelum
dijadikan makanan kepada arowana.
Katak.
Katak juga merupakan makanan
yang berkhasiat bagi arowana. Katak untuk makanan arowana mestilah jenis yang
dipelihara, bukan yang ditangkap dari sawah atau padang. Katak liar tidak
sesuai sebagai makanan arowana kerana ia berkemungkinan mengandungi racun atau
toksik di dalam tubuhnya.
Lipan.
Lipan sangat digemari oleh
arowana. Ia sesuai untuk semua jenis arowana yang mempunyai sisik berwarna
seperti jenis arowana Asia. Hal ini kerana kandungan kitin yang tinggi di dalam
lipan boleh menambahkan intensiti warna sisiknya. Bahagian kepala yang
mengandungi bisa perlu dibuang terlebih dahulu sebelum diberikan kepada ikan.
KEKERAPAN MEMBERI MAKAN
Ikan yang diternak di dalam
tangki tidak perlu diberi makan terlalu kerap. Pemberian makanan sekali sehari
adalah mencukupi. Jumlah makanan yang diberikan adalah sekadar kenyang atau
ikan berhenti makan. Memberi makanan secara berlebihan mengakibatkan ikan
terlalu gemuk. Makanan yang mengandungi lemak yang tinggi pula menyebakan
kecatatan fizikal seperti sindrom mata jatuh. Oleh itu, makanan tidak boleh
diberikan terlalu kerap kerana akan menyebabkan kegemukan dan pengumpulan tisu
lemak di dalam perut ikan yang boleh mengakibatkan ikan menjadi kurang subur
atau mandul.
No comments:
Post a Comment