Pages

Monday 7 November 2011

Keluarga Pelajar Cemerlang


Tidak ada kejayaan dalam dunia ini yang dicapai seorang diri tanpa pertolongan orang lain. Ahli politik memerlukan undian dan kepercayaan rakyat untuk memerintah, manakala penyanyi memerlukan peminat untuk terus mengeluarkan album. Begitu juga halnya dengan pelajar. Pelajar cemerlang buka menjadi hebat dan Berjaya hanya kerana kebijaksanaan dirinya sahaja. Banyak pihak lain yang menyokong di sekelilingnya, teemasuklah guru-guru, rakan-rakan, dan ahli keluarganya sendiri.

Tip 1:     Ibu Bapa Sebagai Penyokong Awal.
Hubungan antara ibu bapa dengan anak-anak memainkan peranan yang amat penting dalam melahirkan individu yang cemerlang.Ibu bapa merupakan guru pertama yang mengajar kita tentang kehidupan. Banyak ilmu terawal diperoleh daripada ibu dan bapa sendiri, melalui tunjuk ajar, nasihat, teguran atau hukuman. Lebih kuat sokongan yang diberi oleh ibu dan bapa, maka lebih pantas seseorang kanak-kanak belajar dan memahami proses kehidupan. Sokongan ibu dan bapa bukan sahaja melalui tunjuk ajar tetapi termasuk juga bantuan kewangan, tempat teduh dan sokongan mental.

Tip 2:     Menjaga Pengaruh Adik-Beradik.
Adik-beradik turut membentuk peribadi seorang pelajar. Seorang anak dalam keluarga akan mudah terpengaruh dengan perangai serta tingkah laku abang-abang serta kakak-kakaknya. Kecemerlangan anak yang lebih tua akan menjadi motivasi kepada adik-adiknya untuk mencapai kejayaan yang lebih baik. Walau bagaimanapun, jika abang atau kakak terjebak melakukan aktiviti tidak berfaedah, adalah tidak mustahil untuk adik-beradiknya akan turut serta. Perangai dan perbuatan yang tidak elok harus dihukum dengan segera agar tidak ditiru oleh adik-beradik yang lain.

Tip 3:     Bandingkan Dengan Sepupu.
Dalam keluarga besar, seorang pelajar kadangkala akan membanding-bandingkan dirinya dengan sepupu sendiri yang lebih kurang sebaya umur dengannya. Perbandingan yang dilakukan termasuklah perbandingan saiz dan fizikal, siapa lebih kuat, siapa lebih matang, siapa lebih cantik, serta perbandingan kepintaran dan prestasi di sekolah. Sifat berasing ini mempunyai kebaikan dan keburukan. Persaingan akan merapatkan silaturahim jika dilakukan dengan sihat, tetapi jika terlalu berlawan-lawan dan saling menjatuhkan boleh memutukan persaudaraan. Persaingan yang sihat dapat memberikan motivasi untuk memperbaiki diri dan mencapai kejayaan yang lebih gemilang.

Tip 4:     Peranan Saudar-Mara.
Saudara-mara juga mempunyai peranan dalam membentuk seorang pelajar cemerlang. Apatah lagi jika ada dalam kelangan ahli keluaraga merupakan individu yang Berjaya dalam bidang-bidang tertentu. Kejayaan mereka akan menimbulkan rasa bangga dan semangat kepada pelajar untuk Berjaya. Kadangkala, hubungan persaudaraan yang jauh akan menjadi lebih dekat jika mempunyai saudara yang berjaya. Cuba Tanya kepada ibu dan bapa dan cari saudara-mara yang Berjaya dalam keluarga anda? Aturkan perjumpaan, dapatkan tunjuk ajar serta contohilah kejayaan mereka. Jika mereka boleh lakukannya, kenapa tidak anda?

Tip 5:     Tanggungjawab Pelajar Dalam Keluarga.
Individu pelajar turut mempunyai tanggungjawab terhadap keluarganya sendiri. Hubungan kekeluargaan merupakan interaksi dua hala, seling bantu-membantu dan faham memahami. Usahlah menjauhkan diri daripada keluarga, sentiasalah menjaga perhubungan dan bertanya khabar mereka. Seorang pelajar harus patuh kepada kata ibu dan bapa san saudara mara yang lebih tua, tidak suka melawan dan membantah. Tidak usahlah anda menjadi degil dan tidak mahu mempercayai kata-kata mereka. Lagipun, mereka pernah menempuh hidup sebagai pelajar seperti yang sedang anda tempuhi. Hormatilah dan hargailah keluarga anda. Sesungguhnya mereka akan melimpahkan penghargaan dan rasa hormat kepada anda kembali.

No comments:

Post a Comment