Pages

Monday 19 March 2012

Safari Memancing Sematan 2012


Perairan sekitar Tanjung Datu sehingga Pulau Satang bakal menjadi gelanggang pertangdingan memancing anjuran Sematan Anglers pada 28 hingga 29 April ini yang berpusat di Sematan dengan yuran RM100 bagi setiap penyertaan.


Semestinya informasi sebegini melonjakkan semangat kaki ngail dari seluruh Sarawak berkunjung ke daerah Sematan untuk turut serta dalam Safari Memancing Sematan apatah lagi hadiah yang ditawarkan agak lumayan kepada pemenang Berjaya memdapatkan pemangsa laut bersaiz mega.


Sematan, merupakan pekan kecil pesisir pantai yang terletak dalam pentadbiran Derah Lundu, merupakan destinasi pelancongan dengan kepelbagaian tarikan menarik dan terkanal seperti Pantai Sematan, Pulau Talang-Talang, Air Terjun Sebat, Rumah Panjang Pueh, Taman Negara Tanjung Datu, Kampung Telok Melano selain produk kraf tangan berasaskan hasil laut.

Taman Negara Tanjung Datu

Setiap tahun pelbagai program dan aktiviti dilaksanakan dalam usaha memperkanal dan seterusnya mempertingkat industry pelancongan bagi menjana ekonomi penduduk di daerah Sematan. Tidak hairan jika sematan turut menjadi tumpuan kaki ngail dari setiap daerah negeri Sarawak kerana lokasinya yang strategik dan hasil lautnya yang kaya dengan penghuni dasar bersaiz mega.


Sematang Palm Beach


Untuk Safari Memancing Sematan ini yang terbuka kepada semua penduduk Malaysia berumur 18 tahun ke atas, pihak penganjur menawarkan hadiah serta cenderahati bernilai RM15,000 dan bakal menjadi rebutan kaki ngail yang pasti berusaha menewaskan pelbagai spesies demersal  bersaiz mega mengikut spesies yang boleh dipertandingkan seperti Blokok, Jenahak, Tetanda, Rumpak, Ibu Gelama dan lain-lain lagi mengikut peraturan pertandingan pihak penganjur.

Perkampung Telok Melano

Menurut pihak penganjur Safari Memancing Sematan , merupakan program  yang dirangka bagi mencapai matlamat kea rah mempromosi dan memajukan potensi daerah kecil Sematan, berasaskan kepelbagaian tarikan semula jadi yang sedia ada.

Pulau Talang-Talang Besar

Rasional pertandingan ini lebih kepada untuk mempromosikan kawasan perkampungan nelayan dari sekitar Tanjung Datu hingga ke Telaga Air yang merupakan kawasan pesisiran pantai menghadap ke laut dengan panorama indah sesuai serta berpotensi diletakkan dalam peta pelancongan dan dijadikan sebagai destinasi pelancong baik dari dalam mahupun dari luar negara.

Selain daripada itu, pertandingan ini juga dapat memupuk semangat kerjasama setiakawan dan mengeratkan silaturahim di antara semua pegawai dan kakitangan serta para peserta dengan penduduk daerah sematan, menggalakkan dan menjadikan aktiviti memancing sebagai aktiviti yang berfaedah serta menarik minat masyarakat tentang aktiviti memancing, malah pertandingan ini juga dapat member peluang kepada semua kaki ngail tegar dari seluruh Sarawak untuk turut serta menyertai pertandingan sebegini bagi mengeratkan tali silaturahim.

Selain itu aktiviti bertandingan seperti ini diharap dapat mempromosikan Sematan yang merupakan salah satu perkampungan nelayan yang kian berkembang maju selain sangat sesuai dijadikan sebagai antara destinasi pelancongan yang menarik dalam lingkungan kawasan Parlimen193 Santubong dari sekitar Tanjung Datu hinggake Telaga Air.

Pihak penganjur turut menyediakan aktiviti sampingan memeriahkan lagi pertandingan memancing ini seperti persembahan Kebudayaan yang dikelolakan oleh Persatuan Penggiat Seni Malaysia. Bagi kaki ngail tegar dari seluruh negeri Sarawak, apa tunggu lagi, dengan yuran penyertaan RM100 memungkinkan anda memenangi tempat pertama, kedua dan ketiga serta hadiah senderahati lain.

Kepada kaki ngail, sertailah pertandingan memancing anjuran Kelab Sematan Anglers. Klik disini
untuk sebarang pertanyaan.

Sunday 11 March 2012

11hb Mac 2012 Genap 1 Tahun Tsunami Di Jepun.


11hb Mac 2012- genaplah sudah setahun tsunami yang melanda Jepun.Tsunami yang berlaku di Sendai, Jepun berlaku pada pukul 2.46 petang di sebabkan oleh gempa bumi dan siri gegaran kuat kira-kira 30 minit selepas itu.

Menurut AFP pulak seramai 32 orang terbunuh atau mungkin lebih lagi, gempa 8,9 magnitud timur laut diikuti sekurang-kurangnya 19 gempa susulan. Puluhan bandar dan desa-desa di sepanjang pantai sejauh 2,100 kilometer dilanda gegaran, kawasan yang terkena ialah seperti Tokyo, yang terletak beratus-ratus km dari pusat gempa.

“Gempa bumi telah menyebabkan kerosakan besar di daerah yang luas di Jepun utara,” kata Perdana Menteri Naoto Kan di sebuah sidang akhbar.


 Gelombang air yg berlumpur melanda kawasan pertanian dekat kota Sendai, menghentam bangunan bangunan di kawasan tu. Lapangan terbang utara Tokyo, kini penuh dengan air yg berlumpur tebal.

Amaran tsunami diperluaskan hingga ke kawasan Pasifik, Asia Tenggara dan Amerika Latin, ini termasuklah Jepun, Indonesia, Rusia, New Zealand dan Chile. Gempa yang melanda petang ni dikatakan sedalam 10 kilometer, dan sejauh 380 km dari timur laut Tokyo, ini apa yang Nuriz baca kat Yahoo tadi le. Disebabkan gempa tu jugak, berlaku kebakaran, anda boleh tengok dalam video di bawah nanti. Perkhidmatan keretapi di Tokyo pun terhenti, dan semua penumpang terpaksa berjalan di sepanjang rel. Sebanyak 4 juta bangunan putus bekalan letrik.


Thursday 8 March 2012

JW Marriott Marquis Dubai hotel tertinggi dunia

Selepas mempunyai banyak bangunan dan lokasi unik di dunia, Dubai sekali lagi bakal mencipta sejarah dengan pembinaan hotel tertinggi di dunia yang juga bakal menjadi hab perniagaan global. Hotel dari rangkaian Marriott International dengan 1,608 bilik ini bakal menerima tamunya dalam tahun ini juga dalam dua fasa. Fasa pertama meliputi seksyen menampilkan 807 bilik serta restoran dan lounge.

 
Dengan ketinggian 355 meter (1,164 kaki) JW Marriott Marquis Dubai merupakan hotel tertinggi dunia dan hanya 26 meter (85 kaki) lebih rendah daripada bangunan Empire State di New York. Selain memberi perkhidmatan untuk pelancong perniagaan mewah, Hotel ini juga menyesarkan pasaran yang semakin penting iaitu MICE (mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran), yang sekarang ini tidak mempunyai skala hotel mencukupi bagi menganjurkan acara untuk kumpulan besar.

 
Sebagai tambahan kepada pilihan jamu selera dan hiburan, hotel ini juga mempunyai dua dewan utama, 24 bilik mesyuarat dan ruang seluas 5,100 meter persegi (54,895 kaki persegi) untuk pelbagai acara. “Potensi menampung keperluan yang meningkat bagi komuniti perniagaan global ini besar dan kami percaya JW Marriott Marquis Dubai mempunyai lokasi unik untuk tujuan berkenaan,” kata pengurus Besarnya, Rupprecht Queitsch. Menurut beliau, hotel ini memenuhi jurang yang sudah lama dikenal pasti bagi membolehkan kumpulan , mesyuarat  dan persidangan untuk lebih 1,000 orang berhimpun dalam satu tempat tetapi sehingga sekarang, Dubai belum mempunyai satu lokasi pun sebesar ini untuk menempatkan kumpulan jenis ini. “Dalam erti kata mudah, kami akan menempatkan Dubai di dalam landskap pasaran persidangan global.” Katanya.

Perkhidmatan penerbangan Dubai yang baik, terutama dengan peluasan ekonomi BRIC(Brazil, Russia, India dan China), dijangka mewujudkan lebih banyak peluang. Ketua Ekonomi Pusat Kewangan Antarabangsa Dubai, Nasser Saidi berkata, pihaknya sudah melihat pertumbuhan firma China di Dubai sebagai hab untuk meneroka pasaran Afrika dan China sekarang ini menjadi rakan kongsi import penting untuk UAE.

Di dalam suku pertama 2011, China mengeksport AED10.68 bilion barangan ke Dubai dan merupakan rakan kongsi eksport kedua terbesar emiriah sepanjang tahun berkenaan. “Mengenai perniagaan secara keseluruhan, Dubai sememangnya mempunyai lokasi sesuai, dengan kedudukan untuk pertumbuhan pasaran seperti India yang mempunyai penduduk berbilion serta jarak yang boleh didatangi dengan penerbangan lima jam,” kata Queitch.

Justeru, katanya, apa yang dicari oleh para pelancong perniagaan ini ialah hotel yang mempunyai segala-galanya yang mereka perlukan di bawah satu bumbung. Oleh itu pihaknya percaya hartanah baru ini akan meletakkan standard baru dalam hotel perniagaan, bukan sahaja di wilayah berkenaan tetapi di peringkat global.



JW Marriott Marquis Dubai akan menawarkan rangkaian Sembilan restoran dan lima lounge serta tempat hiburan. Lounge yang dipanggil Vault akan ditempatkan di tingkat 71 dan 72 dengan mempunyai pemandangan panorama bandar raya, manakala sebuah  lagi yang masih belum bernama menawarkan persembahan muzik secara “live” setiap hari.



Restorannya pula terdiri daripada Prime 68, premis stik butik, hinggalah restoran India, Atul Kochhar- Rang Mahal, Positano yang menewarkan makanan Itali, restoran Arab dan La Farine, lokasi pertemuan social. Sementara itu, Saray Spa yang mempunyai keluasan 1,500 meter persegi (16,000 kaki persegi) diilhamkan daridapa laluan sutera Arab dan menawarkan rawatan yang dicipta khas untuk minda dan badan. Rawatan termasukmenggunankan madu dan susu, lemon dan mint serta banyak lagi.Bagi yang suka berjemur pula, kolam renang deck di tingkat 7 mempunyai keluasan 32 meter dan dilengkapi cabana elegan, lounge dan paying.