Pages

Thursday 23 February 2012

Taj Mahal Runtuh 2016?

Mercu tanda India yang sering dianggap satu daripada tujuh keajaiban dunia, Taj Mahal, bakal runtuh dalam tempoh lima tahun lagi, kecuali langkah segera diambil bagi mengukuhkan asasnya.

Monumen yang berusia 358 tahun ini menjadi daya tarikan paling popular di India dan dilawati kira-kira empat juta pelancong setahun.Terletak di Agra, Taj Mahal berdepan dengan pelbagai masalah persekitaran apabila sungai yang terletak berhampirannya diancam pencemaran serta aktiviti perindustrian serta penebangan hutan.



Aktivis berpendapat, asas yang menampung bangunan Taj Mahal semakin lemah dan longgar. Beberapa retakan dikesan di bahagian makam dalam Taj Mahal pada tahun lalu, manakala empat menara yang ada di bucu bangunan itu menampakkan tanda condong.

Taj Mahal dibangunkan pemerintah Mogul, Shah Jahan, yang bersedih akibat kematian isteri tercintanya, Mumtaz Mahal, ketika melahirkan bayi. Imej Taj Mahal yang selalu dikaitkan dengan romantik turut menjadi perhatian selebriti dan kerabat diraja, termasuk Puteri Diana, yang pernah bergambar di depannya selepas rumah tangganya dengan Putera Charles menemui kegagalan.



Sejarawan India, Prof Ram Nath, berkata kedudukan Taj Mahal terletak berhampiran tebing Sungai Yamuna yang semakin susut. “Keadaan ini tidak pernah dijangka pembinanya.“Sungai Yamuna adalah sebahagian daripada reka bentul Taj Mahal dan jika ia mati, Taj Mahal juga tiada maknanya lagi,” katanya.

Monumen yang berusia 358 tahun ini dibina di atas platfom yang diperbuat daripada kayu Mahogani. Akibat daripada pencemaran sungai Yamuna bersebelahan dengan Taj Mahal, telah menyebabkan struktur kayu melemah. Beberapa kesan retakan mula kelihatan di beberapa bahagian di makam. Manakala empat menara di sekelilingnya dikesan semakin mecondong. Namun menara tersebut sememangnya dibina condong pada peringkat awal bagi mengelakkannya tumbang ke arah makam terbabit. Cuma kesan condong terbabit menunjukkan menara terbabit bakal tumbang lebih cepat.

Taj Mahal yang dibina oleh maharaja Mondul, Shah Jahan bertujuan bagi memperingati isterinya, Mumtaz Mahal yang meninggal dunia sewaktu melahirkan anak. Pembinaan yang bermula pada tahun 1632 hingga 1653 telah menjadi ikon percintaan dan menjadi tumpuan pelancong serta penggiat filem dunia.



Senibina unik ikon yang terdiri daripada adunan Parsi, Turki dan India ini diwartakan sebagai Warisan Dunia oleh UNESCO pada 1983.